BATAK MANDHELING

BATAK MANDHELING

Regular price
RM90.00
Sale price
RM90.00
Unit price
per 

1 / 3
2 / 3
1 / 3


 

NOTA

Sumatera merupakan titik perubahan dalam senario kopi antarabangsa dimana gerakan kopi istimewa (specialty coffee) bermula. Sebaik sahaja kopi dari Mandheling membuat kemunculan di pasaran antarabangsa, terdapat peningkatan terhadap pengawalan kualiti dan juga jejak asal kopi yang dibeli. Selain itu rasa klasik herba yang hanya dimiliki oleh Sumatera menjadi ia kopi yang paling dikehendaki di pasaran Eropah dan juga Jepun. Kopi Batak Mandheling ini datang dari suku Batak yang tinggal berhampiran Aceh. Diproses secara giling basah (wet-hulled), ia memberikan rasa yang unik buat kopi Indonesia.

Batak Mandheling mempunyai rasa tropikal yang jelas serta tekstur kopi yang berat. Rasa asid buah yang masam manis memberikan sensasi seperti nenas, mangga manis dan juga teh hitam. Giling basah memberikan selepas rasa yang sedikit kering tetapi amat sarat dengan selepas rasa herba segar. Sesuatu yang enak jika ia dinikmati sebagai long black atau kopi turas. Pilihan utama bagi peminat tegar kopi Indonesia!