ALAMEYAHU GOBU G1
    ALAMEYAHU GOBU G1
    ALAMEYAHU GOBU G1

ALAMEYAHU GOBU G1

Regular price
RM60.00
Sale price
RM60.00
Unit price
per 

1 / 3
2 / 3
1 / 3


APA YANG MENARIK

Bagi peminat tegar kopi Ethiopia pasti akan mesra dengan Ethiopia Kochere. Salah satu kawasan/woreda di Ethiopia yang amat terkenal dengan profil rasa buah yang enak serta kualiti yang tinggi. Terbaru Arkib Kopi menawarkan kopi dari penghasil kopi Alameyahu Gobu. Kopi ini datang dari kampung Gololcha yang terdiri dari kira-kira 900 petani yang juga mengamalkan penanaman organik. Selain itu petani juga menanam tanaman selangan sebagai sumber pendapatan di luar musim menuai kopi.

Perubahan polisi perdagangan di Ethiopia memberi peluang kepada pertubuhan seperti Yirgacheffe Coffee Farmers Cooperatives Union (YCFCU) untuk mengekalkan jejak/traceability kopi yang dibeli untuk para pedagan kopi. Alameyahu Gobu merupakan salah satu hasil inisiatif yang memberi impak kepada peminum kopi untuk mengenal lebih dekat lagi informasi kopi yang dinikmati.

TIPS MENURAS KOPI

Proses kopi natural Ethiopia menjadi kegirangan bagi peminat kopi Ethiopia yang sukakan karakter buah-buahan. Kopi Alameyahu Gobu mempunyai rasa yang konsisten dan senang untuk dituras. Nota rasa pic, pir, anggur concord dan serbuk koko boleh dinikmati dari suhu tinggi dan rendah. Arkib Kopi mengesyorkan menggunakan saiz kisar sederhana kasar untuk mengimbani rasa serbuk koko supaya nota rasa asid buah seperti pic dan anggur concord dapat dirasai. Selain itu kami mengesyorkan menggunakan suhu rendah sekitar 90 - 91 darjah celcius untuk memberi tekstur yang lebih likat. Selamat mencuba!