Pemulangan & Ganti Semula

Kami mahu pelanggan kami berpuas hati dengan setiap pembelian dari Arkib Kopi secara talian. Oleh itu kami menawarkan polisi jaminan pemulangan 14 hari. Sekiranya anda tidak berpuas hati dengan pembelian di atas sebarang sebab, sila hubungi kami di laman Hubungi untuk penggantian atau kredit pembelian dalam tempoh 14 hari dari tarikh penghantaran produk. Sila beritahu nama anda, tarikh pembelian, nombor tempahan, produk yang dibeli, kuantiti pemulangan dan juga sebab pemulangan. Sila pulangkan produk kepada kami dalam tempoh 14 hari daripada tarikh produk dihantar ke Arkib Kopi Sdn. Bhd., 1-3A, Saville Cheras, No.1 Persiaran Sri Raya, Taman Sri Raya, 43200, Cheras, Selangor, Malaysia.

Sila ambil perhatian:

  • Produk mesti dikembalikan dalam kondisi asal termasuk bungkusan produk yang asal

  • Kos penghantaran tempahan tidak akan diganti

  • Segala kos penghantaran pemulangan hendaklah ditanggung oleh anda.

Sekiranya produk, mempunyai kecacatan, tidak seperti yang di digambarkan, berlainan dari produk asal di laman sesawang atau tidak berfungsi sepenuhnya, anda boleh memilih samaada untuk pemulangan wang, pertukaran produk atau kredit.

Anda boleh baca terma & syarat selanjutnya di sini.