Terma & Syarat

Selamat datang ke arkibkopi.my . Berikut adalah terma & syarat membeli-belah di laman sesawang kami

1. Matawang Transaksi dan Harga
Kesemua harga yang dikenakan menggunakan matawang Ringgit Malaysia.

2. Penghantaran didalam Malaysia
Penghantaran di dalam Malaysia hanya terdapat di kawasan yang mempunyai perkhidmatan penghantaran menggunakan Pos Laju Malaysia. Penghantaran tempahan Arkib Kopi akan di hantar dalam tempoh 1 hari bekerja dari hari berikutnya dari tarikh tempahan diterima. Kebiasaannya tempahan anda akan sampai dalam tempoh 5 hari dari tarikh penghantaran.

Sila hubungi kami di urusan@arkibkopi.my untuk maklumat terperinci mengenai sebarang penghantaran yang tidak diterima dalam tempoh 7 hari dari tarikh pengesahan tempahan.

Penghantaran Antarabangsa

Sekiranya anda mahu tempahan dihantar ke luar negara, sila e-mail kami di urusan@arkibkopi.my

3. Perkhidmatan Pelanggan
Arkib Kopi komited dalam menyediakan perkhidmatan pelanggan yang memuaskan dan kualiti produk yang bermutu tinggi. Kami sentiasa memastikan kesemua produk yang disenaraikan di laman sesawang mempunyai stok yang tersedia dan harga yang dinyatakan adalah benar. Kami bungkus dan hantar kesemua tempahan dalam tempoh 1 hari bekerja dari tarikh pembelian. Sekiranya produk yang dibeli tidak ada dalam stok atau kami tidak dapat memenuhi tempahan, pihak kami akan memaklumkan kepada anda dalam tempoh 2 hari bekerja untuk mengaturkan pilihan alternatif, kelewatan tempahan atau pemulangan wang pembelian sepenuhnya.

4. Polisi Pemulangan dan Ganti Semula
Kami mahu pelanggan kami berpuas hati dengan setiap pembelian dari Arkib Kopi secara talian. Oleh itu kami menawarkan polisi jaminan pemulangan 14 hari. Sekiranya anda tidak berpuas hati dengan pembelian di atas sebarang sebab, sila hubungi kami di laman Hubungi untuk penggantian atau kredit pembelian dalam tempoh 14 hari dari tarikh penghantaran produk. Sila beritahu nama anda, tarikh pembelian, nombor tempahan, produk yang dibeli, kuantiti pemulangan dan juga sebab pemulangan. Sila pulangkan produk kepada kami dalam tempoh 14 hari daripada tarikh produk dihantar ke Arkib Kopi, D-7-3, Tasik Height Apartment, Jalan Liku, Bandar Tasik Selatan, Cheras, 57000, Kuala Lumpur, Malaysia.

Sila ambil perhatian:

  • Produk mesti dikembalikan dalam kondisi asal termasuk bungkusan produk yang asal

  • Kos penghantaran tempahan tidak akan diganti

  • Segala kos penghantaran pemulangan hendaklah ditanggung oleh anda.

Sekiranya produk, mempunyai kecacatan, tidak seperti yang di digambarkan, berlainan dari produk asal di laman sesawang atau tidak berfungsi sepenuhnya, anda boleh memilih samaada untuk pemulangan wang, pertukaran produk atau kredit.

Anda boleh baca terma & syarat selanjutnya di sini.

5. Kesilapan
Sebagaimana Arkib Kopi mengambil tanggungjawab terhadap kesemua kesahihan maklumat di arkibkopi.my, dari masa ke semasa mungkin terdapat beberapa informasti di laman sesawang atau di dalam maklumat penjualan, sebut harga, senarai haga, cukai invois atau sebarang maklumat atau dokumen yang dikeluarkan oleh Arkib Kopi yang mungkin mengandungi salah eja, ketidak ketepatan atau kesalahan dalam deskripsi produk atau stok.

Arkib Kopi berhak untuk membetulkan mana-mana kesilapan, ketidak ketepatan atau kesalahan atau mengemaskini sebarang maklumat tanpa memberi notis ( termasuk selepas tempahan diterima) tanpa sebarang liabiliti terhadap Arkib Kopi. Arkib Kopi tidak akan terikat dengan mana-mana ketidaksahihan maklumat yang terdapat di laman sesawang Arkib Kopi atau di mana-mana dokumen atau maklumat yang dikeluarkan oleh Arkib Kopi.

6. Jaminan
Produk Arkib Kopi boleh dikembalikan semula atau ditukar mengikut polisi yang telah dinyatakan. Laman sesawang Arkib Kopi dan kesemua kandungannya di paparkan seadanya tanpa sebarang jaminan. 

7. Hak Cipta
Laman sesawang Arkib Kopi dan kandungannya adalah hak cipta terpelihara. Kandungan di laman sesawang dan laman sesawang sendiri merupakan hak milik terpelihara dan tidak boleh digunakan oleh pelawat laman sesawang.

Anda boleh muat turun kandungan atau sebarang bahan-bahan yang disiarkan di laman sesawang hanya untuk tujuan kegunaan peribadi. Anda tidak boleh mengeluarkan semula, menerbitkan, mengedarkan, memaparkan, mengubah suai, mecipta semula, menjual atau terlibat dalam sebarang aktiviti penjualan, mengekploitasi dalam sebarang bentuk  kandungan laman sesawang.

8. Keselamatan
Semasa membeli dari Arkib Kopi sebarang maklumat anda akan melalui keselamatan pelanggan layar menggunakan SSL (secure socket layer) teknologi enkripsi yang merupakan piawaian industri. Sebarang pertanyaan mengenai polisi keselamatan, sila hubungi kami di urusan@arkibkopi.my