ASEFA DUKAMO KORMA
    ASEFA DUKAMO KORMA
    ASEFA DUKAMO KORMA

ASEFA DUKAMO KORMA

Regular price
Sold out
Sale price
RM80.00
Unit price
per 

1 / 3
2 / 3
1 / 3

Nota

Stesen Damo kebelakangan ini popular dengan proses Anaerobic atau Carbonic Maceration. Teknik pemprosesan yang hanya boleh dilakukan oleh petani atau peladang kopi yang mahir. Asefa Dukamo Korma ternya begitu mahir dalam selok belok memproses kopi berkualiti tinggi. Arkib Kopi amat gembira kerana berjaya menemui kopi Ethiopia yang kami anggap 'outstanding'!. Ternyata reputasi petani amat membantu kami dalam membuat keputusan membeli kopi.

Kopi Asefa mempunya rasa kompleks buah yang hebat. Dari hirupan pertama rasa buah beri seperti raspberi & anggur putih begitu jelas sekali.Walaupun diproses secara natural, rasa asid kopi ini begitu bersih sehinggakan terasa seperti minum jus anggur yang manis. Aroma nangka atau 'winey' mula dominan apabila ia mula sejuk dan sesuai sebagai karakter kopi Ethiopia natural. Cap mohor nota rasa vanila merupakan sesuatu yang kami gemar dan selalu tercari2 dari kopi Ethiopia. Rasa gembira apabila menemui kopi sebegini dari Ethiopia. Cukup sederhana prosesnya tetapi nikmat rasa seperti cukup untuk alam semesta.