BRAZIL MICRO CARMO

BRAZIL MICRO CARMO

Regular price
Sold out
Sale price
RM80.00
Unit price
per 

1 / 3
2 / 3
1 / 3

 

 Latar Belakang

Carmo Coffee bermula pada tahun 2005 dan merupakan syarikat kopi yang masih muda dipenuhi oleh individu-individu yang mempunyai minat mendalam terhadap perladangan kopi. Kopi ini datang dari Carmo de Minas yang terletak di bahagian selatan negeri Minas Gerais, kawasan unik yang dianugerahkan dengan kondisi tanah yang subur, cahaya matahari yang mencukupi dan  terletak di ketinggian sekitar 900~1500 meter dari aras laut. Kopi yang dihasilkan amat luar biasa dan tidak hairan mereka berjaya memenangi pertandingan Cup of Excellence.

Carmo de Minas merupakan sebahagian dari kawasan mikro Serra da Mantiqueira dimana terdapat kira-kira 7,000 petani kopi dengan produksi dianggarkan berjumlah 1 juta karung guni setiap tahun. Ia juga merupakan kawasan di Brazil yang pertama kali mendapat pengiktirafan Geographical Indication untuk kopi pada tahun 2011 yang sebagai bukti kopi yang dihasilkan di kawsan ini mempunyai kualiti yang unik sekaligus menggambarkan karakter tempat kopi dihasilkan.

Pada 2013 melalui projek Cria Carmo ,kanak-kanak yang kurang bernasib baik berpeluang menikmati kehidupan yang lebih baik. Projek ini memberi peluang kepada mereka untuk bergiat aktif dalam sukan seperti bola sepak, renang dan juga karate. Kesemua peserta projek ini bernaung di bawah Carmo de Minas Social Service dan menerima set uniform untuk kegunaan aktiviti bersukan. Projek in juga telah berjaya mengeluarkan juara bagi peringkat kawasan dan juga peringkat kebangsaan.

Proses

Kopi ini diproses menggunakan teknik proses natural dimana ceri kopi yang telah dipetik akan dikeringkan di atas lantai. Kopi dikeringkan dalam keadaan masih ceri memberikan profil kopi yang manis serta tekstur yang tebal. Tempoh pengeringan mengambil masa sekitar 2 hingga ke 3 minggu.

Profil Rasa

Carmo Coffee ternyata membawa reputasi kopi istimewa. Haruman manis walnut serta haruman segar kopi menjadikan ia kopi Brazil yang luar biasa. Karakter yang paling menarik adalah dimana asid kopi ini terasa seakan-akan seperti epal jus. Baik panas mahupun sejuk rasa jus epal sentiasa senang dinikmati. Sesuatu karakter kopi yang menarik bagi mereka gemarkan ‘long-black’ mahupun ‘americano’. Tekstur kopi yang lemak berkrim serta manis seperti walnut membuka minda bahawa tidak semua kopi Brazil dominan dengan rasa cokelat sahaja. Rasa walnut ini amat jelas dan paling sedap dinikmati sebagai ‘Flat White’. Micro Carmo amat unik dan boleh dinikmati dalam apa jua bentuk. Selamat meneroka dunia baru kopi Brazil.