BURUNDI GACOKWE 125G
    BURUNDI GACOKWE 125G
    BURUNDI GACOKWE 125G

BURUNDI GACOKWE 125G

Regular price
Sold out
Sale price
RM35.00
Unit price
per 

Kawasan : Rango, Kayanza
Ladang    : Koperasi Gacokwe 
Varietal   : Bourbon, Jackson, Mibirzi
Proses      : ​Cucian Air / Fully Washed
Altitud     :​ 1650 Meter         
                                                                                                 

Latar Belakang  

Kayanza,Burundi merupakan wilayah di Burundi yang kaya dengan penanaman kopi yang berkualiti tinggi. Kualiti tanah gunung berapi dan taburan hujan sekitar 1200 mm membuatkan wilayah ini subur untuk penanaman kopi. Selain itu, terdapat juga hasil pertanian seperti pisang, kacang, kentang manis, ubi kayu dan dan taro.

Koperasi Gacokwe terletak di pekan Rango, Kayanza. Terdapat kira-kira 2000 petani yang bernaung di bawah koperasi ini. Di musim memetik ceri kopi, para petani akan mengumpulkan kesemua hasil petik ceri di 6 stesen pengumpulan.

Proses

Semasa proses memetik ceri kopi, petani akan memilih dan memetik ceri kopi yang masak merah (red cherries) sahaja untuk memastikan ceri yang berkualiti tinggi sahaja dipilih. Kemudian ceri yang telah dipetik akan dikumpul di setiap stesen pengumpulan sebulum dibawa terus ke stesen cucian Gacokwe.

Sebaik sahaja ceri kopi tiba di stesen cucian, proses pengasingan ceri kopi yang  matang akan dilakukan di tangki fermentasi. Ceri kopi yang rosak/cacat atau belum matang kebiasaannya mempunyai ketumpatan yang rendah. Oleh itu ceri kopi yang timbul di permukaan air diasingkan terus dari diproses.Kemudian kulit ceri kopi dikupas untuk proses yang seterusnya.

Ceri kopi melalui fermentasi didalam tangki fermentasi untuk memudahkan selaput ceri kopi dapat dibuang dengan mudah semasa proses akhir cucian. Teknik pemprosen ini yang membuatkan kopi Burundi rasa bersih dan asid buah-buahan yang jelas.

Biji kopi basah yang masih didalam cangkang(parchment) dijemur di atas 'African Raised Bed' selama 10 sehingga 12 hari.Kemudian biji kopi diterbalikkan setiap 2 atau 3 jam pada peringkat awal pengeringan untuk memastikan biji kopi dapat dikeringkan dengan seragam. Proses pengeringan selesai apabila biji kopi mencapai tahap kelembapan kira-kira 11.5%.Kemudian biji kopi akan disimpan di dalam karung sehingga mendapat tempahan dari pelanggan.

Profil Rasa

Burundi Gacokwe memberikan profil rasa buah segar buat penggemear kopi. Secara am kopi Burundi kopi tidak begitu kompleks tetapi cukup penuh dengan profil rasa yang ringkas dan berkualiti tinggi. Wangian kopi yang dikisar memberikan bau bunga dan juga manisan seperti karamel. Menggunakan alat turas V60, rasa buah-buahan segar seperti manga muda, plum merah dan limau bali.

Rasa asid buah yang berkualiti tinggi membuatkan anda seakan sedang meminum jus buah. Tekstur kopi pula adalah lembut untuk kopi turas, berserta kombinasi kemanisan gula tebu ia membuatkan rasa kopi Gacpkwe masih hinggap di bibir anda. Nota rasa paling unik yang boleh didapati pada kopi Burundi Gacokwe ini ialah bau aroma floral yang seakan-akan bau bunga raya. Kopi istimewa ini sesuai dinikmati pada waktu petang bersama pisang goreng.