CHIRINOS LA PROSPERIDAD
    CHIRINOS LA PROSPERIDAD
    CHIRINOS LA PROSPERIDAD

CHIRINOS LA PROSPERIDAD

Regular price
Sold out
Sale price
RM75.00
Unit price
per 

1 / 3
2 / 3
1 / 3

Nota

Penanaman kopi secara organik menjadi salah satu tarikan buat pembeli kopi seperti kami di Arkib Kopi. Tanpa menggunakan racun serangga perosak, kami mendapati kopi terasa lebih enak dan segar. Rasa keenakkan kopi yang tumbuh secara semulajadi sememangnya tiada tandingan. Begitu juga dengan kopi La Prosperida dari Koperasi Chirinos. Menggunakan baja kompos organik kopi menjadi subur disamping iklim sejuk sesuai untuk tanaman kopi istimewa.

Nikmati kopi ini di waktu pagi adalah pilihan tepat. Berat cokelat hitam diselangi 'pop' sarsi , mata manusia mana yang masih tidur bangkit segar untuk mencari rezeki. Rasa masam manis buah kismis menggeletek lidah membuatkan kopi ini seperti mahu dinikmati tanpa ada tanda berhenti. Minuman untuk insan berkolar putih yang sentiasa hidup di lorong kehidupan yang pantas.