COLOMBIA EDGAR MORTAR COE (PINK BOURBON)
    COLOMBIA EDGAR MORTAR COE (PINK BOURBON)
    COLOMBIA EDGAR MORTAR COE (PINK BOURBON)

COLOMBIA EDGAR MORTAR COE (PINK BOURBON)

Regular price
Sold out
Sale price
RM70.00
Unit price
per 

COLOMBIA EDGAR MORTAR PINK BOURBON

Kawasan  : Huila, Acevedo, Ulaa
Varietal    : Pink Bourbon
Proses       : ​Cucian Air / Fully Washed
Altitud      :​ 1600 Meter

Hasil          : 2018

Latar Belakang

Huila, Colombia merupakan tanah yang diberkati dengan unsur2 tanah subur untuk penanaman kopi. Terletak di kawasan utara Colombia, Edgar Motta Vargas dan keluarganya telah mengusahakan ladang kopi Buena Vista seluas 15 hektar lebih dari masa 10 tahun. Kebanyakkan varieti kopi yang ditanam adalah Bourbon.

Edgar juga telah menyertai pertandingan profil kopi terbaik Colombia (Cup of Excellence) dan kopi ini mendapat tempat ke 21st dalam pertandingan tersebut. Berbekalkan latihan dan sokongan dari Alliance for Coffee Excellence (ACE) , Edgar semakin cekap dan pakar dalam teknik penghasilan kopi. Selain dari varieti Bourban, beliau juga menanam pelbagai varieti lain untuk menambah pilihan kopi dari ladang kopi Buena Vista.

Proses

Di Finca Buena Vista, hanya ceri kopi yang telah matang akan dipetik dan terus diproses untuk memelihara kesegaran ceri kopi. Kemudian ceri kopi di kupas dan dikeringkan selama 42 jam. Kemudian ia biji kopi dibasuh dengan air sebanyak 3 atau 4 kali sebelum di keringkan sekali lagi di atas casa ( meja pengeringan dilindungi atap) selama 10 ~15 hari. Sebaik sahaja kopi telah kering dan kelembapan sudah stabil, biji kopi dibungkus ke dalam guni dan disusun di atas palet kayu. Biji kopi dibiarkan selama 15 hari sebelum ia sedia untuk digiling.

Profil Rasa

Bourbon terkenal sebagai kopi yang sangat manis tetapi agak jarang2 kita jumpa kopi varieti bourbon yang mempunyai kualiti kopi yang kompleks seperti kopi ini. Edgar Mortar ternyata pakar dalam selok belok menghasilkan kopi yang berkualiti tinggi.

Sebaik sahaja kopi dikisar anda dapat menghidu haruman citrus yang nyaman serta susu putih yang lembut serta enak. Manakala aroma kopi memberikan perspektif kopi manis dengan bau buah delima, jambu batu dan juga bunga kamomil. Kopi ini amat sesuai untuk teknik V60 kerana ia dapat membuka spektrum dengan lebih luas.

Semasa panas kopi ini memberikan rasa asid yang masam seperti buah delima dan tekstur seperti jus limau mandarin. Semakin anda nikmati, rasa kopi berubah kepada masam manis seperti jambu batu. Apabila kopi sudah sejuk, anda boleh mula menikmati rasa yang menarik perhatian seperti teh bunga kamomil, buah persik, manis nektar bunga dan badam. Kopi yang amat bersih dan sesuai untuk anda minum sambil mencari ketenangan.

SELAMAT MENIKMATI !