COLOMBIA SIXTO CUELLAR (PINK BOURBON)
    COLOMBIA SIXTO CUELLAR (PINK BOURBON)
    COLOMBIA SIXTO CUELLAR (PINK BOURBON)

COLOMBIA SIXTO CUELLAR (PINK BOURBON)

Regular price
Sold out
Sale price
RM65.00
Unit price
per 

COLOMBIA SIXTO CUELLAR PINK BOURBON

Kawasan : Huila, Timana
Ladang    : Finca Maria Cristina
Varietal   : Pink Bourbon
Proses    : ​Cucian Air / Fully Washed
Petani      : Sixto Cuellar
Altitud    :​ 1750 Meter
Hasil       : 2019
 

Latar Belakang 

Huila, Colombia merupakan tanah yang diberkati dengan tanah subur untuk penanaman kopi. Terletak di tengah Colombia,Sixto Cuellar mengusahakan Finca Maria Cristina seluas 5 hektar bersama keluarganya. Kebanyakkan varietal kopi yang ditanam adalah Bourbon.

Finca Maria Cristina terletak di perkampungan (vereda) La Esperanza. Terletak di ketinggian 1750m, ia terletak di kawasan atas pergunungan yang selalu dilindungi awan redup mewujudkan persekitaran yang redup serta iklim yang sesuai untuk penanaman kopi.

 

Proses 

Variatal Pink Bourbon mempunyai kandungan gula (Brix degree) yang tinggi iaitu antara 26 hingga 30 Bx. Selepas ceri dipetik, ceri yang elok akan diasingkan menggunakan air dan dikupas. Kemudian ceri dibungkus dengan beg Grain-pro dan disimpan di dalam bilik dengan suhu sekitar 10-13C sealama 76 jam untuk proses fermentasi. Selepas selesai proses fermentasi, biji kopi akan dicuci bersih menggunakan air dan dikeringkan di bawah sinaran matahari selama 3 hari. Selanjutnya, kopi akan dikeringkan di atas ‘Afrincan Raised Bed’ selama 23 hingga 25 hari.

 

Profil Rasa

Segar / ‘Fresh’!!! Kebelakangan ini Arkib Kopi lebih cenderung untuk menawarkan hasil kopi yang segar (Fresh Crop). Kopi Sixto Cuellar Pink Bourbon baru sahaja siap dipetik dan diproses pada July 2019. Tak hairan jika rasa kopi ini begitu kuat dan segar sekali. Haruman kopi ini sinonim dengan kopi Colombia yang terkenal dengan buah Citrus yang segar. Di haruman, anda dapat menghidu bau bunga kamelia dan bunga kopi dengan jelas. Di aroma karektar buah seperti jambu batu. Manakala kemanisan kopi ini seakan-akan gula putih yang manis.

Cukup ringkas tetapi kualiti yang segar serta jelas membuatkan kopi ini begitu mudah dinikmati. Mesti cuba untuk peminat tegar kopi Colombia. Kopi sebegini mudah dituras menggunakan apa pun jua teknik turas yang anda gemari.