COSTA RICA LOS GIRASOLES
    COSTA RICA LOS GIRASOLES
    COSTA RICA LOS GIRASOLES
    COSTA RICA LOS GIRASOLES
    COSTA RICA LOS GIRASOLES
    COSTA RICA LOS GIRASOLES

COSTA RICA LOS GIRASOLES

Regular price
Sold out
Sale price
RM45.00
Unit price
per 

COSTA RICA LOS GIRASOLES

Kawasan        : La Bandera de Dota, Tarrazu 
Varietal          : Red Catuai
Proses             : Kupas Madu / White Honey
Altitud             :​ 1900Meter
Stesen Micro  :​ Los Angelos
Petani              :​ Ricardo Calderon

Hasil                 :​ 2018

Latar Belakang

Ricardo Calderon bersama kedua anaknya Maikol dan Diego mula menubuhkan Stesen Mikro Los Angelos setelah berkecimpung dalam industri kopi selama berdekad. Stesen ini terletak bersebelahan Stesen Mikro Granitos de Ortiz yang dimiliki oleh abang beliau iaitu Omar.

Kebanyakkan kopi terbaik dari Costa Rica datang dari produksi oleh Stesen Mikro yang amat mudah didapati di kawasan penanaman kopi di Costa Rica. Ini juga termasuk seperi wilayah penting seperti Tarrazu dan juga Lembah Barat (West valley).

Revolusi kopi (stesen mikro) ini bermula kira2 sekitar 15 tahun lepas dan memberi impak yang besar terhadap bagaimana pemanggang kopi istimewa melihat kopi Costa Rica. Stesen Mikro berfungsi sebagai pusat pemprosesan kopi dimana petani-petani kopi skala kecik boleh menghantar ceri kopi mereka untuk diproses. Kebiasaannya stesen mikro ini beroperasi di kawasan komuniti kecil di mana terdapat banyak lot penanaman kopi tetapi kesemua hasil produksi diproses di satu stesen mikro.

 

Proses

Pemetik ceri kopi professional serta petani kopi akan memilih ceri kopi yang ranum untuk dipetik. Kemudian menggunakan pengupas kulit kopi (pulper), ceri kopi akan dikupas untuk mendapat ketebalan selaput (mucilage) kopi yang dikehendaki. Untuk proses ‘white honey’ , selaput kopi dikupas 100% sepenuhnya. Kemudian ia dikeringkan di atas meja pengeringan selama 8-10 hari. Meja pengeringan diletakkan di bawah kawasan redup untuk menigkatkan kapasiti pengeringan secara perlahan (secado lento).

 

Profil Rasa

Los Girasoles bukan seperti kopi Costa Rica yang biasa anda nikmati. Profil rasa kopi ini sedikit unik kerana ia lebih fokus kepada rasa manis dan tekstur yang likat. Secara am kopi Costa Rica terkenal dengan rasa asid yang sedikit tajam seakan2 seperti minuman soda. Tetapi kopi ini bermula dengan haruman madu hitam yang manis. Untuk aroma, kopi ini mengeluarkan bau seperti gula caramel. Rasa buah plum kuning dapat dinikmati dan semakin kuat terasa sebaik sahaja kopi mula sejuk. Rasa lepas minum kopi ini agak menarik kerana terdapat sedikit rasa seperti kayu manis.

Sekiranya anda mencari kopi yang tidak rasa begitu kompleks tetapi mempunyai rasa manis, Los Girasoles adalah pilihan terbaik! Sesuai dituras mengguakan V60 sambil menjamu roti bakar atau French Toast.