COSTA RICA LUIS EDUARDO (FERMENTASI ANAEROBIC)
    COSTA RICA LUIS EDUARDO (FERMENTASI ANAEROBIC)
    COSTA RICA LUIS EDUARDO (FERMENTASI ANAEROBIC)

COSTA RICA LUIS EDUARDO (FERMENTASI ANAEROBIC)

Regular price
Sold out
Sale price
RM80.00
Unit price
per 

COSTA RICA LUIS EDUARDO (FERMENTASI ANAEROBIC)

Kawasan : San Ramon, Valle Occidental
Varietal   : Caturra, Catuai
Proses      : ​Anaerobic
Petani      : Luis Eduardo Campos
Altitud     : 1350 Meter
Hasil         : 2018

Latar Belakang 
Kebelakangan ini proses fermentasi menjadi pilihan oleh peladang kopi untuk meningkatkan kualiti profil rasa kopi. Dari proses Carbonic Maceration yang dipopularkan oleh Project Origin hinggalah ke fermentasi Anaerobic yang popular di kawasan Amerika Tengah. Costa terkenal dengan produksi micro yang rata-rata petani kecil mempunyai stesen pemprosesan kopi yang kecil yang mampu menampung produksi kopi mereka sendiri. Oleh itu, mereka mempuyai infrastuktur yang tersendiri yang membolehkan pelbagai eksperimen kopi dijalankan.

Kali ini Luis Eduardo Campos mencuba bereksperimen dengan fermentasi Anaerobic untuk mencipta profil rasa yang unik buat kopi dari Costa Rica. Hasil dari fermentasi ini akan dapat menikmati kopi Costa Rica yang sangat manis tetapi masih mengekalkan rasa asid yang menjadi ‘cop mohor’ buat kopi Costa Rica.

Proses

Proses fermentasi ini dimulai dengan ceri kopi dikupas dan kemudian biji kopi akan diletakkan di dalam tangki fermentasi. Kemudian kupasan ceri yang sudah dalam kondisi seperti gel akan diletakkan di dalam tangki sehinggalah menutupi keseluruhan biji kopi kopi. Tangki fermentasi kemudian ditutup rapat supaya gas oksigen yang terhasil dari fermentasi akan mencipta tekanan dari dalam tangki. Kondisi fermentasi seperti ini seakan-akan mencipta ruang vakum didalam tangki. Proses ini mengambil masa sekitar 18 hingga ke 23 jam (tempoh yang fermentasi yang cukup sebelum terhasilnya alkohol). Selepas 15 jam, tahap PH fermentasi hendaklah dikawal rapi untuk memastikan proses fermentasi berjalan seperti yang dijadualkan.

Tekanan CO2 yang terhasil membolehkan jus kopi serap kedalam biji kopi.Sebaik sahaja fermentasi selesai, biji kopi akan dikeringkan selama 4 jam untuk menghentikan proses fermentasi dari berlanjutan dan juga memelihara profil rasa kopi.

Profil Rasa

Unik!. Pertama kali mencuba kopi proses Anaerobic, ternyata kami kagum dengan bagaimana proses fermentasi ini mampu mengubah kopi Costa Rica yang selalu dianggap sebagai kopi yang mempunyai intensiti asid yang tinggi. Profil kopi ini agak kompleks dengan profil rasa yang progresif sebaik sahaja kopi mula sejuk. Haruman kopi ini memberikan bau tomato, kurma dan kismis yang sangat dominan. Sebaik sahaja dituang air, aroma seperti oren, buah betik dan gula perang mula dapat dihidu. Rasa tekstur seperti madu lebah mula dapat dirasa sebaik sahaja kopi mula sejuk.

Karakter paling unik yang dapat dirasa ialah kayu manis dan halia. Dua profil rasa ini amat digemari oleh mereka yang mahukan sesuatu yang lebih dari kopi istimewa. Kopi ini sesuai untuk semua alat turasa kerana kualiti yang jelas dan nyata. Ternyata menggunakan biji kopi yang berkualiti tinggi memudahkan tugas anda sebagai penuras kopi.

Selamat Mencuba Kopi Dimensi Baru!