ETHIOPIA ARICHA G1
    ETHIOPIA ARICHA G1
    ETHIOPIA ARICHA G1
    ETHIOPIA ARICHA G1
    ETHIOPIA ARICHA G1

ETHIOPIA ARICHA G1

Regular price
Sold out
Sale price
RM55.00
Unit price
per 

ETHIOPIA ARICHA G1

Region           : Aricha, Gedeo, Yirgacheffe
Process         : Natural
Varietal         : Heirloom
Altittude       : 1800 - 2000 meter
Crop               : 2019
Taste Notes : Strawberry, Jasmine, Neapolitan Ice-cream
Weight           : 125G

 

Latar Belakang 

Ethiopia Aricha dirahmati dengan pelbagai kopi berkualiti tinggi yang terkenal dengan bau haruman bunga dan rasa buah yang enak. Kopi berasal dari kawasan perladangan kopi Gedeo  yang terkenal dengan karakter kopi yang mempunyai profil rasa yang kompleks dan nyata.

Terdapat sekitar 700 keluarga petani di kawasan ini dan kesemua ceri dihantar ke stesen cucian Aricha yang terletak dalam kawasan komuniti Aricha berhampiran bandar Yirgacheffe. Kebanyakkan kopi yang di tanam adalah jenis baka heirloom tetapi terdapat juga jenis kopi berlainan ditanam untuk memberi kepelbagaian hasil kopi.

Para petani menggunakan baja organik untuk menyuburkan tanaman dan penggunaan racun serangga adalah dilarang sama sekali. Para petani lebih cenderung kepada teknik pejagaan ladang kopi untuk memastikan pokok kopi dapat tumbuh dan membesar dengan sihat. Selain itu kualiti pemprosesan dijaga rapi oleh Stesen Cucian Aricha melalui cara pemprosesan yang teratur serta system gred kopi yang ketat.

 

Proses 

Ethiopia Aricha G1 diproses melalui cara pemprosesan klasik Afrika. Proses Jemur/Natural adalah merupakan cara proses yang sinonim dengan negara-negara pengeluar kopi dari Afrika. Proses jemur/natural ini amat sesuai digunakan atas faktor kos operasi yang rendah dan teknik proses yang ringkas.

Semasa musim menuai, ceri kopi akan dipetik secara berperingkat. Ini kerana tidak kesemua ceri kopi akan masak dalam jangka masa yang serentak. Situasi ini memerlukan pemetik ceri kopi turun ke ladang untuk memetik ceri kopi setiap hari. Hanya ceri kopi yang masak sahaja akan dipetik untuk diproses.

Fasa pertama pengeringan adalah kritikal dimana lapisan hamparan kopi hendak tipis untuk mengelakkan rasa fermentasi. Ceri kopi akan mencapai tahap ‘raisin’ dimana kandungan air turun kepada 25% dalam beberapa hari. Di fasa ke-dua, lapisan hamparan ceri kopi diatur menjadi lebih tebal untuk menurunkan kandungan air kepada 12%. Sekiranya pengeringan terlalu laju ia akan mengakibatkan rasa buah yang kuat dan tidak stabil tetapi jika pengeringan terlalu lambat ia akan mengakibat kulat dan rasa pelik kepada kopi. Pengeringan secara semula jadi/natural memerlukan kos produksi yang tinggi tetapi amat berbaloi kerana ia mampu menghasilkan kualiti kopi yang lebih tinggi.

Pengeringan kopi mengambil masa sekitar 15-20 hari menggunakan African Raised Bed di atas hamparan kain Hessian. Biji kopi dilindungi oleh plastik pada waktu tengah hari dan di waktu malam.

 

Profil Rasa

Rindu haruman bunga dan buah membuatkan Ethiopia Aricha menjadi pilihan utama kami. Ternyata proses natural memberi rasa buah yang kuat serta rasa kopi yang enak. Aricha amat dominan dengan haruman beri seperti strawberi dan raspberi. Haruman ini diikuti dengan haruman manis vanilla dan buah pisang.

Menggunakan teknik V60 atau Origamari dripper , rasa seperti buah melon, laici, strawberi serta tembikai susu mula dapat dinikmati. Kualiti asid yang sederhana serata tekstur kopi yang licin membuatkan  komposisi rasa kopi ini amat seimbang. Sebaik sahaja kopi ini mula sejuk, selepas rasa kopi ini mejadi semakin kuat dengan meninggalkan rasa floral. Kopi ini amat sesuai bagi penggemar kopi Ethiopia yang mahukan aroma kopi yang enak sebagai pembuka selera.