AYEHU G1
    AYEHU G1
    AYEHU G1

AYEHU G1

Regular price
Sold out
Sale price
RM55.00
Unit price
per 

1 / 3
2 / 3
1 / 3

                                                                                                 

Latar Belakang 

Ayehu adalah salah satu ladang kopi yang dimiliki oleh Ethio-Agriceft PLC. Kopi ini datang dari kawasan tinggi terletak pada ketinggian kira 1700-1900 meter di kawasan Amhara, utara Ethiopia. Ladang ini juga telah mendapat pengiktirafan Rainforest Alliance. Ladang Ayehu terletak kira 500km dari ibu kota Addis Abba. Ketika ini kawasan ladang ini meliputi tanah sekitar 200 hektar untuk penanamam kopi arabika. Di masa depan penanaman kopi akan diperluaskan sehingga 500 hektar. 

Dibawah pengurusan Ethio AgriCeft PLC, sektor perladangan kopi berkembang maju dengan praktis perladangan kopi yang mesra alam yang diterapkan. Di sekitar kawasan perladangan kira-kira 100,000 orang tinggal dan bekerja di ladang kopi. Melalui praktis perladangan organik dan lokasi perladangan yang strategik, kualiti kopi Ayehu adalah setanding dengan kopi-kopi tanah tinggi lain seperti Sidamo dan Yirgacheffe yang terkenal dengan karakter aroma yang unik, rasa kompleks dan kualiti kopi yang baik.

Proses

Ethiopia Ayehu diproses melalui cara pemprosesan klasik Afrika. Proses Jemur/Natural adalah merupakan cara proses yang sinonim dengan negara-negara pengeluar kopi dari Afrika. Proses jemur/natural ini amat sesuai digunakan atas faktor kos operasi yang rendah dan teknik proses yang ringkas.

Semasa musim menuai, ceri kopi akan dipetik secara berperingkat. Ini kerana tidak kesemua ceri kopi akan masak dalam jangka masa yang serentak. Situasi ini memerlukan pemetik ceri kopi turun ke ladang untuk memetik ceri kopi setiap hari. Hanya ceri kopi yang masak sahaja akan dipetik untuk diproses.

Profil Rasa

Satu lagi hasil kopi yang segar (fresh crop 2019) selain dari Colombia Sixto Cuellar. Arkib Kopi membawakan Ethiopia Ayehu G1 yang terasa amat sedap dan segar. Haruman kopi ini penuh dengan segala buar beri seperti strawberi, beri biru dan juga ceri. Pada aroma pula bau manis beri ini mula bertukar kepada komponen berat seperti cokelat hitam. Semakin lama aroma kopi menjadi semakin berat dan dalam. Hampir-hampir kepada aroma ‘winey’.

 Ayehu amat konsisten dari panas sehingga sejuk. Profil rasa yang dominan dengan rasa beri serta asid tart membuatkan kopi sebegini enak dinikmati . Manakala kemanisan seperti cokelat amat mudah membuatkan sesiapa sahaja mula meminati kopi proses natural. Kopi yang hebat tidak pernah pergi tanpa selepas minum rasa yang menakjubkan. Aroma beri bukan sahaja dapat dirasa tatkala ia diminum tetapi juga terasa sebaik sahaja anda menghembuskan nafas. Kopi natural yang sangat aromatik! Kopi yang hebat akan ber’sinar’ dengan apa jua teknik menuras. Selamat menikmati kopi ‘segar’ dari ladang.