ETHIOPIA BEDHATU JIBICHO (CROWN JEWEL) G1
    ETHIOPIA BEDHATU JIBICHO (CROWN JEWEL) G1
    ETHIOPIA BEDHATU JIBICHO (CROWN JEWEL) G1

ETHIOPIA BEDHATU JIBICHO (CROWN JEWEL) G1

Regular price
Sold out
Sale price
RM60.00
Unit price
per 

ETHIOPIA BEDHATU JIBICHO (CROWN JEWEL) G1

Kawasan   : Banko Gotiti Kebele, Gedeb, Zon Gedeo, SNNP
Varietal     : Heirloom
Proses       : ​Natural/Kering
Petani        : Bedhatu Jibicho
Altitud       :​ 1800-1900 Meter 
Tanah         : Vertisol 
Sertifikasi : Organik

Hasil          : December 2018 - Febuary 2019

Latar Belakang 

Yirgacheffe antara kawasan yang paling terkemuka di Ethiopia dengan kualiti kopi yang menakjubkan. Secara am ia terkenal dengan proses cucian basah/fully washed tetapi kali ini kami memilih menawarkan proses natural sebagai kelainan. Bedhatu Jibicho antara generasi lama yang masih bertahan dan masih kuat menguruskan ladang kopi beliau yang berkualasan 84 ekar. Dibantu dengan tenaga kerja seramai 20 orang pekerja tetap dan 130 pekerja sambilan, Bedhatu telah mengusahakan ladang kopi beliau cekap selama 50 tahun.

Selain itu beliau juga mempraktikan penanaman kopi secara organik dan melarang sebarang penggunaan baja kimia. Sebagai peladang kopi persendirian Bedhatu juga menaikan taraf kehidupan dan ekonomi petani sekitar dengan membantu projek jalan raya. Selain itu bersama2 anak beliau Roba, mereka mengadakan pusat pengumpulan ceri kopi yang mengurangkan beban petani yang terpaksa berjalan jauh menghantar ceri kopi mereka.                                                                                                         

Proses

Ceri kopi yang ranum dipilih dan dipetik secara teliti. Kemudian ceri diapungkan di dalam tangki air untuk mengasingkan ceri yang rosak atau busuk. Ceri yang elok seterusnya di hamparkan di atas 'African Raised Bed'. Saringan dilakukan sekali lagi untuk memastikan hanya ceri yang elok sahaja akan diproses. Pengeringan mengambil masa sekitar 20 hari. Kebiasaannya ceri kopi akan dilitupi pada waktu tengah hari untuk membendung dari terik matahari melampau yang berpotensi merosakkan kualiti kopi.

Rasa
Antara sebab mengapa kami amat suka pada kopi organik adalah kerana ia dapat memberikan sepenuhnya rasa enak kopi yang 'asli'. Begitu juga dengan kopi Bedhatu Jibicho. Begitu sarat dengan rasa buah beri yang kompleks seperti Strawberi , Raspberi dan Ceri. Antara komponen paling menarik adalah tekstur kopi ini seakan-akan kek tebal seperti 'brownies'. Kopi sebegini enak dinikmati dengan apa cara sekalipun, baik dituras dengan V60 mahupun menggunakan French Press.