ETHIOPIA CHELBA G1
    ETHIOPIA CHELBA G1
    ETHIOPIA CHELBA G1
    ETHIOPIA CHELBA G1
    ETHIOPIA CHELBA G1
    ETHIOPIA CHELBA G1

ETHIOPIA CHELBA G1

Regular price
Sold out
Sale price
RM40.00
Unit price
per 

ETHIOPIA CHELBA G1

Kawasan : Chelba, Zon Gedeo,
                   Southern Nations, Nationalities and Peoples' Regional State
Varietal   : Turun-temurun/Heirloom
Proses     : ​Jemur / Natural
Petani      : 700 Petani Kecil sekitar Wenago
Stesen     :Chelba
Altitud     :​ 1950-2200 Meter

Hasil         : 2018

Latar Belakang 

Yirgacheffe antara salah satu kawasan penanaman kopi yang kami minati. Kebanyakkan kopi dari kawasan ini terkenal dengan haruman kopi yang wangi dan juga tekstur yang ringan. Untuk kopi Ethiopia yang seterusnya Arkib Kopi membawakan proses jemur /Natural dari stesen cucian Chelba.

Kopi Chelba datang dari kira-kira 700 petani yang tinggal di Wenago, Yirgacheffe.
Kopi ini diproses secara jemur yang memberi dimensi profil rasa yang unik.
Berbeza dari kebiasaan kopi Yirgacheffe, kopi proses jemur/natural ini mempunyai haruman buah-buahn beri seperti Strawberi yang manis.

                                                                                                      
Proses
Ethiopia Chelba G1 diproses melalui cara pemprosesan klasik Afrika. Proses Jemur/Natural adalah merupakan cara proses yang sinonim dengan negara-negara pengeluar kopi dari Afrika. Proses jemur/natural ini amat sesuai digunakan atas faktor kos operasi yang rendah dan teknik proses yang ringkas.

Semasa musim menuai, ceri kopi akan dipetik secara berperingkat. Ini kerana tidak kesemua ceri kopi akan masak dalam jangka masa yang serentak. Situasi ini memerlukan pemetik ceri kopi turun ke ladang untuk memetik ceri kopi setiap hari. Hanya ceri kopi yang masak sahaja akan dipetik untuk diproses.

Kemudian ceri kopi akan dijemur di atas hamparan jaring yang dipanggil African Raised Bed sekitar 15 ke 20 hari. Meja jemuran ini amat penting untuk memastikan pengudaraan yang sempurna untuk mengelakkan kulat terjadi semasa proses pengeringan. Ceri kopi juga akan sentiasa diterbalikan untuk memastikan ceri kopi kering dengan seragam. Proses jemur/natural amat sesuai dengan iklim cuaca panas negara Afrika sepanjang tahun.

Profil
Selesa. Kini kopi Yirgacheffe kembali semula selepas Ethiopia Surafel Birhanu. Dari kampung Chelba, kopi ini mempunya haruman seperti Rosmari yang membuatkanya sedikit unik. Tambahan pula proses natural menambah dimensi profil rasa kopi Chelba. Dari awal rasa buah melon seperti tembikai susu dapat dirasa. Semakin sejuk kopi ini terasa semakin manis dan pada satu ketika rasa seperti laici akan mula terasa di pinggir bibir. Kopi Chelba tidak seperti kopi tipikal Ethiopia yang sinonim dengan buah beri tetapi jika anda mahukan kopi sambil membaca surat khabar, Ethiopia Chelba adalah pilihan tepat.