ETHIOPIA TOMME FEKU JIBERIL 125G
    ETHIOPIA TOMME FEKU JIBERIL 125G
    ETHIOPIA TOMME FEKU JIBERIL 125G

ETHIOPIA TOMME FEKU JIBERIL 125G

Regular price
Sold out
Sale price
RM45.00
Unit price
per 

ETHIOPIA TOMME FEKU JIBERIL

 

Kawasan : Oromia, Zon Guji, Uraga Woreda, Bandar Tomme
Varietal   : Benih Termurun / Heirloom
Proses      :  ​Basuhan Air / Fully Washed
Hasil         :  October 2017 – January 2018 
Altitud     :​ 1650 - 1800 Meter
Gred         : 1       

                                                                                                    

Latar Belakang

Zon Guji sentiasa menghasilkan kopi yang barkarakter unik. Kali ini Arkib Kopi membawa kopi dari pekebun kopi Feku Jiberil dari Bandar Tomme. Feku Jiberil mempunyai stesen pemprosesan kopi dan beliau berkerjasama dengan kira-kira 600 pekebun kopi kecil untuk memproses hasil tuaian kopi. Di stesen ini kopi kebiasaanya di proses dengan rendaman air dan juga cucian bersih selepas kopi direndam.

Terletak berhampirang Zon Gedeo, kopi ini berkongsi mempunyai karakter yang agak sama seperti kopi Yirgacheffe. Secara am kopi ini penuh dengan haruman bunga, bau manis seperti madu dan sedikit bau herba yang sinonim dengan hasil pertanian di Ethiopia. Rasa kopi berubah kepada masam manis seperti buah persik dan juga pir madu apabila kopi menjadi semakin sejuk.               
         

       
Proses

Proses basuhan air merupakan pilihan alternatif buat petani di Ethiopia. Kebanyakan cara pemprosesan ini dipilih di mana stesen cucian kopi mempunyai sumber air seperti sungai di lokasi yang berhampiran. Biji kopi yang masak akan dipetik kemudian dikumpul dan dihantar ke stesen cucian. Teknik cucian kopi semasa proses pembasuhan merupak kunci kepada rasa kopi yang bersih dan juga kompleks.
 
Sebaik sahaja kopi tiba di stesen cucian, kopi akan direndam di dalam tangki air untuk fasa penyaringan. Di fasa ini, kopi yang belum masak akan timbul di permukaan air. Biji kopi ini kebiasaanya masih tidak matang semasa dipetik. Antara kemungkinan besar terdapat kerosakan serangan serangga dan juga kondisi ceri kopi yang rosak. Ceri kopi yang elok akan terus diproses dengan proses kupasan kulit kopi, kemudian direndam di dalam tangki fermentasi.
 
Biji kopi direndam sekitar 36 jam hingga 48 jam. Tempoh ini adah sedikit lama berdasar tempoh fermentasi yang biasa di lakukan. Seterusnya, kopi akan dibasuh dengan air yang bersih untuk menanggalkan lendir ceri kopi. Kemudian biji kopi akan direndam sekali lagi semalaman untuk memastikan biji kopi betul-betul bersih dan juga bebas dari rasa fermentasi yang kurang menyenangkan. Selesai proses rendaman, biji kopi kemudian dikeringkan di bawah sinaran matahari sehingga ia mencapai kelembapan 14%. 
 

 

Profil Rasa

Yang terbaik hanya datang dari ladang. Ethiopia Tomme Jiberil Feku ternyata sesuatu yang lain dari prosess cucian air / fully washed Ethiopia. Selain dari haruman bunga dan rasa bunga melati, kopi ini amat dominan dengan rasa buah persik dan juga pir madu. Sebaik sahaja dikisar, haruman kopi yang kompleks dan intensiti yang kuat merangsang deria keseronokan apabila menikmati kopi ini.

Menggunakan teknik V60 kopi ini menonjolkan rasa kompleks seperti apricot , buah betik dan madu. Ethiopia Tomme Jiberil Feku juga sesuai penggemar kopi Nordic yang rindu kepada perisa dan tekstur seperti teh. Dengan hanya menggukan ratio1:18, anda dapat melebarkan spektrum rasa kopi dari floral kepada buah-buahan. Selamat menikmati!