ETHIOPIA BISHAN FUGU 125G
    ETHIOPIA BISHAN FUGU 125G
    ETHIOPIA BISHAN FUGU 125G

ETHIOPIA BISHAN FUGU 125G

Regular price
Sold out
Sale price
RM40.00
Unit price
per 

Kawasan   : Komuniti Bishan Fugu, Zon Guji Zon, Oromia 
Varietal     Benih Termurun / Heirloom
Proses        : ​Jemur / Natural
Altitud       :​ 1900 - 2200 Meter
Gred           G1
Pengeluar : METAD Agricultural Development PLC

 

Latar Belakang 

Bishan Fugu merupakan komuniti petani kopi yang tinggal di antara sempadam Oromia dan Southern Nation, Nationalities and People. Komuniti ini terdiri dari keluarga yang mempunyai kebun kopi dalam skala yang kecil. Melalui kerjasama METAD Agricultural Development PLC dan komuniti Bishan Fugu, kualiti kopi kopi proses jemur/natural yang berkualiti tinggi dapat dihasilkan. METAD merupakan syarikat pertama yang berjaya menubuhkan makmal yang diiktiraf oleh SCAA di benua Afrika.
 
METAD terkenal dengan reputasi kepakaran dalam bidanga pertanian dan penyilidikan kopi Ethiopia. Kepakaran ini dikongsi bersama dengan para petani melalui menyediakan latihan cara memproses kopi, pengurusan ladang dan kawalan kualiti hasil secara percuma. Melalui latihan sebegini, petani dapat meningkatkan kepakaran dalam teknik memproses kopi mengikut piawaian yang telah ditetapkan.

 

Proses

Ethiopia Hambela Bishan Fugu diproses melalui cara pemprosesan klasik Afrika. Proses Jemur/Natural adalah merupakan cara proses yang sinonim dengan negara-negara pengeluar kopi dari Afrika. Proses jemur/natural ini amat sesuai digunakan atas faktor kos operasi yang rendah dan teknik proses yang ringkas. 

Semasa musim menuai, ceri kopi akan dipetik secara berperingkat. Ini kerana tidak kesemua ceri kopi akan masak dalam jangka masa yang serentak. Situasi ini memerlukan pemetik ceri kopi turun ke ladang untuk memetik ceri kopi setiap hari. Hanya ceri kopi yang masak sahaja akan dipetik untuk diproses.

Kemudian ceri kopi akan dijemur di atas hamparan jaring yang dipanggil African Raised Bed. Meja jemuran ini amat penting untuk memastikan pengudaraan yang sempurna untuk mengelakkan kulat terjadi semasa proses pengeringan. Ceri kopi juga akan sentiasa diterbalikan untuk memastikan ceri kopi kering dengan seragam. Proses jemur/natural amat sesuai dengan iklim cuaca panas negara Afrika sepanjang tahun.

Profil Rasa

Bom buah, perkataan yang ringkas untuk menggambarkan kualiti kopi ini. Kopi dari kawasan Hambela amat sinonim dengan profil kopi yang mempunyai aroma yang kuat. Sebaik sahaja kopi ini dikisar, anda akan dapat menghidu aroma buah-buahan seperti beri biru, strawberi, anggur concord dan nangka. Kemudian aroma perlahan-lahan berubah menjadi seperti susu coklat dan juga vanilla. 
 
Menggunakan kaedah turas V60, ternyata ia telah mengubah dimensi profil rasa kopi ini. Bau aroma kopi yang lebih bersih membuka selera untuk menikmati hidangan ini. Aroma bunga dan buah-buahan seringkali menarik perhatian di sesi ujirasa. Rasa kopi juga amat menarik, hirupan pertama yang manis seakan buah beri, strawberi dan beransur-ansur menjadi seperti manis buah betik. Karakter yang paling istimewa ini berterusan sehingga ke hembusan nafas anda. Sebaik sahaja anda menghirup kopi, bau buah-buahan yang kuat serta bau wangian seperti lavender berlegar-legar di nafas anda. Kopi ini sesuai dinikmati dengan alat turas V60 atau Kalita Wave.