ETHIOPIA KAYON Mt. 125G
    ETHIOPIA KAYON Mt. 125G
    ETHIOPIA KAYON Mt. 125G

ETHIOPIA KAYON Mt. 125G

Regular price
Sold out
Sale price
RM45.00
Unit price
per 

Kawasan : Oromia, Zon Guji, Shakisso, Kayon Mountain
Varietal   : Benih Termurun / Heirloom
Proses      :  ​Jemuran / Natural
Hasil         :  October 2017 – January 2018 
Altitud     :​ 1900 - 2100 Meter
Gred         : 1       
                                                                                                    
Latar Belakang
Tahun ini Arkib Kopi menawarkan Ethiopia Guji Shakisso Kayon Mountain sebagai kopi proses semulajadi yang pertama. Zon Guji yang terletak di wilayah Oromia amat terkenal dengan kopi yang mempunyai intensity buah yang kuat dan juga berkualiti tinggi.

Kopi ini dihasilkan oleh Syarikat Petani Kayon Mountain Coffee Farm. Kumpulan ini ditubuhkan pada tahun 2012 dan baru sahaja berjaya memasuki perdagangan secara langsung untuk pasaran antarabangsa dalam masa 3 tahun. Operasai perladangan kopi diselia oleh Ismael Hassen Aredo dan sekarang mempunyai kira2 25 orang pekerja sepenuh masa. Saiz lading kopi di sini berukuran kira-kira 500 hektar. Semasa musim memetik ceri kopi mereka mengupah tenaga kerja sambilan seramai 300 orang untuk memastikan operasi berjalan lancer.Hanya 50% kawasan ladang kopi digunakan untuk tujuan penanaman kopi. Selebihnya dibiarkan sebagai hutan semulajadi.
               
Proses
Ethiopia Guji Shakisso Kayon Mt. diproses melalui cara pemprosesan klasik Afrika. Proses Jemur/Natural adalah merupakan cara proses yang sinonim dengan negara-negara pengeluar kopi dari Afrika. Proses jemur/natural ini amat sesuai digunakan atas faktor kos operasi yang rendah dan teknik proses yang ringkas. 

Semasa musim menuai, ceri kopi akan dipetik secara berperingkat. Ini kerana tidak kesemua ceri kopi akan masak dalam jangka masa yang serentak. Situasi ini memerlukan pemetik ceri kopi turun ke ladang untuk memetik ceri kopi setiap hari. Hanya ceri kopi yang masak sahaja akan dipetik untuk diproses.
Kemudian ceri kopi akan dijemur di atas hamparan jaring yang dipanggil African Raised Bed. Meja jemuran ini amat penting untuk memastikan pengudaraan yang sempurna untuk mengelakkan kulat terjadi semasa proses pengeringan. Ceri kopi juga akan sentiasa diterbalikan untuk memastikan ceri kopi kering dengan seragam. Proses jemur/natural amat sesuai dengan iklim cuaca panas negara Afrika sepanjang tahun.

Profil Rasa
Hasil tuaian kopi di 2018 dari Zon Guji sentiasa memberi persepsi yang baik untuk kami. Begitu juga denga Ethiopia Guji Shakisso Kayon Mt..Walaupun kopi ini diproses dengan teknik jemuran, profil rasa kopi ini bersih seolah2 ia diproses menggunakan teknik basuhan air. Semasa sesi uji rasa, aroma dan haruman kopi ini agak kuat tetapi selesa dinikmati. Bau buah-buahan seperti raspberi, beri hitam, madu dan cokelat mendominasi deria bau.

Kualiti asid dan tekstur seimbang untuk proses jemuran. Kualiti asid seperti citrus, tart dan malic mengingatkan kami kepada buah-buhan seperti belimbing dan limau gedang. Tekstur kopi ini yang sederhana tebal memberikan sensasi tekstur sirap. Tekstur sebigini angat sesuai untuk meninggalkan aroma yang kuat selepas minum kopi

Kopi sebegini amat sesuai dinikmati menggunakan teknik V60. Sila rujuk dibawah untuk resipi dan nota rasa kopi yang dituras.
 
Resipi V60
 
Kopi                : 15G
Air                   : 240
Suhu               : 93℃
Alata                : V60 Seramik
 
Ratio Turas : 1:6
 
Pra-basah
Curahan ke 1    30ml
Curahan ke 2    50m

Profil Rasa
Curahan ke 3     80ml
Curahan ke 4    80ml
Curahan ke 5     80ml
 
Nota Rasa : Raspberi, Pisang Kaki, Madu, Bunga Melati (Jasmin), Lavendar