<center>SHAKISSO G1</center>
    <center>SHAKISSO G1</center>

SHAKISSO G1

Regular price
Sold out
Sale price
RM85.00
Unit price
per 

1 / 3
2 / 3
1 / 3

NOTA

Ethiopia antara negara pengeluar kopi yang menjadi pilihan bagi setiap peminat kopi untuk menikmati hidangan kopi yang mempunya aroma dan selepas rasa yang berlegar2. Berkata mengenai Ethiopia, Guji merupakan salah satu kawasan yang penuh dengan kopi yang mempunyai karakter buah-buahan serta aroma floral yang menyenangkan. Ladang Shakisso antara ladang popular dengan kualiti sebegini. Tambahan pula dengan pengasingan gred G1 (0 kecacatan biji kopi) memberi jaminan bahawa kopi anda berada pada tahap kualiti yang paling tinggi. Arkib Kopi memilih cucian basah/fully washed sebagai kopi espresso untuk memberikan anda pengalaman kopi Ethiopia yang sebenar.

Shakisso mempunyai aroma bunga melati yang cukup dominan. Manakala rasa buah citrus yang sederhana dan manis memberikan sensasi seakan magnolia membuatkan kopi cucian basah Ethiopia ini begitu elegan. Semakin lama dinikmati anda akan mula dapat merasa kemanisan kopi ini bertukar kepada rasa beri seperti buah goji beri. Dicampur dengan susu, kopi ini memberikan tekstur ringan serta seperti susu cokelat. Manis, lembut, ringan dan mudah untuk dinikmati oleh pelbagai golongan peminat kopi.