ETHIOPIA WOLENSO G1
    ETHIOPIA WOLENSO G1
    ETHIOPIA WOLENSO G1
    ETHIOPIA WOLENSO G1
    ETHIOPIA WOLENSO G1
    ETHIOPIA WOLENSO G1

ETHIOPIA WOLENSO G1

Regular price
Sold out
Sale price
RM40.00
Unit price
per 

ETHIOPIA WOLENSO G1

Region          : Jimma, Limu
Process        : Natural
Station         : Bolensso Wolenso
Varietal        : Heirloom
Altittude      : 1900 meter
Crop              : 2019
Taste Notes : Magnolia, Jasmine, Honey

Weight          : 125G

 

Latar Belakang 

Wolenso merupakan salah satu koperasi yang beroperasi dari tahun 2009 dengan mula memproses ceri kopi serta menjualnya secara langsung kepada pembeli berbanding menggunakan orang tengah. Kewujudan koperasi ini telah mengubah landskap urusan jual beli kopi di Ethiopia. Kebiasaannya petani di Wolenso akan menjual ceri kopi mereka di pasar atau di pusat pemprosesan kopi peribadi. Hal ini mengakibatkan petani tidak mendapat tidak mendapat bayaran setimpal kerana harga beli kopi amat rendah dan tidak menguntungkan petani.

Dengan adanya Stesen Cucian Wolenso kini petani mendapat bayaran lebih baik dengan bernaung di bawah koperasi Wolenso. Stesen ini lengkap dengan peralatan yang cukup untuk memproses kopi serta kakitangan seperti pengurus ladang, akauntan, jaga dan pekerja stor yang membantu pengurusan kopi. Dengan pengurusan yang baik, kualiti kopi yang elok serta petani yang berdedikasi, Wolenso berjaya membayar semula pinjaman pembinaan stesen cucian kopi dalam masa setahun.

Sumber air sungai menjadi sumber utama bagi para petani untuk memproses kopi. Kopi dari koperasi Wolenso tidak menggunakan racun serangga dan hanya menggunakan baja organik untuk menambah kesuburan pokok kopi mereka.

Proses

Ethiopia Wolenso diproses melalui cara pemprosesan klasik Afrika. Proses Jemur/Natural adalah merupakan cara proses yang sinonim dengan negara-negara pengeluar kopi dari Afrika. Proses jemur/natural ini amat sesuai digunakan atas faktor kos operasi yang rendah dan teknik proses yang ringkas.

Semasa musim menuai, ceri kopi akan dipetik secara berperingkat. Ini kerana tidak kesemua ceri kopi akan masak dalam jangka masa yang serentak. Situasi ini memerlukan pemetik ceri kopi turun ke ladang untuk memetik ceri kopi setiap hari. Hanya ceri kopi yang masak sahaja akan dipetik untuk diproses. Kemudian ceri akan dikeringkan di atas African Raised bed sekitar 2-3 minggu sehingga kandungan air mencapai tahap 12%.

Profil Rasa

Ethiopia terkenal dengan kopi yang mempunyai karakter buah yang manis, Wolenso memberi lebih sedikit dengan tambahan haruman aroma yang floral seperti bunga melati. Sebaik sahaja dikisar haruman seperti magnolia dan raspberi dapat dihidu manakala sebaik sahaja dituang air panas aroma bunga melati, bunga kopi serta madu mudah dikenal pasti. Kopi ini mempunyai tekstur yang halus tetapi penuh dengan pelbagai rasa buah-buahan.

Untuk mendapatkan rasa kopi yang lebih enak anda boleh mencuba teknik turas syphon untuk merasa keseluruh potensi rasa terbaik dari kopi ini