ETHIOPIA YE GENET G1
    ETHIOPIA YE GENET G1
    ETHIOPIA YE GENET G1

ETHIOPIA YE GENET G1

Regular price
Sold out
Sale price
RM50.00
Unit price
per 

Kawasan   : Genet, Zon Guji Zon, Oromia  
Varietal     Benih Termurun / Heirloom 
Proses        Jemur / Natural 
Altitud        : 1950 - 2250 Meter 
Gred            G1 
Pengurus   : Tsegaye Hagos
Stesen        : Ye Genet

Latar Belakang 
Ye Genet merupakan stesen pemprosen kopi yang terbaru dibangunkan oleh En. Tsegaye Hagos (pemilik stesen pemprosen Sasaba). Beliau terkenal sebagai salah seorang pengeluar kopi yang berkualiti tinggi di Guji,Ethiopia.
Setelah Berjaya dalam membangunkan Stesen Sasaba , beliau tertarik kepada Woreda Hambela Wamena untuk projek stesen kopi yang seterusnya.
 
Kawasan penanaman kopi ini diterokai oleh penduduk dari Woreda Gedeo yang berasal dari Yorgacheffe. Mereka ingin meneroka tanah yang subur untuk dijadikan penanaman kopi dan tertarik kepada kawasan yang luas di Woreda Hamblel Wamena. Menggunakan pengalaman penanaman kopi yang dimiliki, mereka telah meningkatkan kualiti system pertanian.
 
En. Tsegaye juga memberikan inisiatif kewangan kepada petani untuk memastikan petani dapat meningkatkan hasil mutu penanaman kopi. Selain itu beberapa projek untuk meningkatkan taraf mutu kehidupan penduduk juga di jalankan. Misalnya pembangunan sekolah kanak-kanak untuk komuniti petani kopi.
 

Proses
Ethiopia Hambela Ye Genet diproses melalui cara pemprosesan klasik Afrika. Proses Jemur/Natural adalah merupakan cara proses yang sinonim dengan negara-negara pengeluar kopi dari Afrika. Proses jemur/natural ini amat sesuai digunakan atas faktor kos operasi yang rendah dan teknik proses yang ringkas.

Semasa musim menuai, ceri kopi akan dipetik secara berperingkat. Ini kerana tidak kesemua ceri kopi akan masak dalam jangka masa yang serentak. Situasi ini memerlukan pemetik ceri kopi turun ke ladang untuk memetik ceri kopi setiap hari. Hanya ceri kopi yang masak sahaja akan dipetik untuk diproses.

Kemudian ceri kopi akan dijemur di atas hamparan jaring yang dipanggil African Raised Bed. Meja jemuran ini amat penting untuk memastikan pengudaraan yang sempurna untuk mengelakkan kulat terjadi semasa proses pengeringan. Ceri kopi juga akan sentiasa diterbalikan untuk memastikan ceri kopi kering dengan seragam. Proses jemur/natural amat sesuai dengan iklim cuaca panas negara Afrika sepanjang tahun.

Profil Rasa
Arkib Kopi merupakan peminat tegar proses semulajadi/natural kopi Ethiopia. Aroma buah beri serta haruman manis yang berlemak membuatkan peminat kopi turas sentiasa memilih kopi Ethiopia. Di meja uji rasa kopi ini amat dominan dengan haruman Strawberi dan Vanilla. Sebaik sahaja di tuang air, aroma seperti pisang, raspberi ,bunga rose dan citrus mula dapat dinikmati.
 
Secara am kopi ini mempunyai karakter rasa kopi yang sangat jelas dan amat mudah bagi anda untuk menuras dan medapat rasa kopi yang di kehendaki. Kopi ini disyorkan dituraskan menggunakan alat turas V60 atau Origami untuk mendapatkan rasa buah seperti raspberi dan orange. Jika anda mahu selepas rasa yang selesa dan enak sila gunakan alat turas Kalita atau Aeropress.
 
Selamat Mencuba!