GAKUNDDU AB
    GAKUNDDU AB
    GAKUNDDU AB

GAKUNDDU AB

Regular price
Sold out
Sale price
RM85.00
Unit price
per 

1 / 3
2 / 3
1 / 3


Nota

2020 tidak sah kalau tidak dimulakan dengan hasil kopi segar dari Kenya. Kali ini Arkib memilih Kenya Gakundu Gred AB dari Embu. Secara am kopi Kenya dikelaskan kepada 3 gred iaitu AA (saiz skrin 17-18),  AB (15-16) dan Peaberry. Kebiasaannya Gred AA akan mendapat harga yang lebih tinggi di pasaran kerana ada sesetengah pihak berpendapat Gred AA mempunyai kualiti yang lebih baik. Hal ini berbeza dengan pengalaman kami yang lebih fokus kepada rasa kopi itu sendiri. Berdasarkan pengalaman kami saiz AB sering kali memberi spektrum lebih kompleks dan kemanisan yang ketara. Manakala saiz AB kebiasaanya mempunyai intensiti asid buah yang jelas tetapi jarang mempunyai spektrum rasa yang luas.

Gakundu AB merupakan kopi Kenya sudah lama kami cari. Intensiti asid yang tinggi seringkali memberikan sensasi buah citrus yang jelas seperti aprikot dan kranberi. Karakter buah ini semakin berkembang dan bertukar kepada sensasi blackcurrant dan pelam apabila mula sejuk. Selepas rasa dan kemanisan cokelat dari kopi memberikan rasa asid, tekstur dan selepas rasa yang seimbang buat kopi Gakundu. Menggunakan kertas turas Kalita , potensi penuh rasa Gakundu lebih terasa secara keseluruhan.