GUATEMALA LUIS PEDRO (CROWN JEWEL)
    GUATEMALA LUIS PEDRO (CROWN JEWEL)
    GUATEMALA LUIS PEDRO (CROWN JEWEL)
    GUATEMALA LUIS PEDRO (CROWN JEWEL)
    GUATEMALA LUIS PEDRO (CROWN JEWEL)
    GUATEMALA LUIS PEDRO (CROWN JEWEL)

GUATEMALA LUIS PEDRO (CROWN JEWEL)

Regular price
Sold out
Sale price
RM60.00
Unit price
per 

GUATEMALA LUIS PEDRO (CROWN JEWEL)

Kawasan : Antigua, Scatepequez
Varietal   : Bourbon
Proses     : ​Cucian Basah / Fully Washed
Petani      : Luis Pedro Zelaya Zamora 
Altitud     :​ 1500-1650 Meter

Hasil         : 2019

Latar Belakang 
Antigua terletak di bahagian selatan Guatemala. Tanaman kopi di lembah ini dikelilingi oleh 3 gunung berapi dan terletak pada ketinggian kira-kira 4,600-5,600 kaki dari aras laut. Iklim mikro dengan suhu sekitar 18C-20C, pola hujan yang stabil serta kelembapan yang tinggi membuatkan Antigua amat sesuai untuk penanaman kopi yang berkualiti tinggi. Antigua juga merupakan kawasan penanaman kopi yang paling tua di Guatemala.

Luis Pedro merupakan nama yang tidak lagi di dunia kopi istimewa Guatemala. Terkenal sebagai petani yang menjaga kualiti kopi, kali ini kami membawakan kopi pilihan Crown Jewel Luis Pedro oleh Royal Coffee. Crown Jewel merupakan kopi eksklusif yang dipilih oleh Royal Coffee berdasar kualiti kopi yang luar biasa. Kopi ini di gredkan mengikut saiz dan dan dikeringkan di atas para di dalam rumah hijau. Pengeringan di dalam rumah hijau membantu pengeringan kopi dengan perlahan. Ini membantu pemeliharaan rasa kopi dengan lebih elok dan kualiti biji kopi mentah yang lebih baik.

                                                                                                         
Proses
Proses cucian basah/washed merupakan pilihan utama bagi Negara pengeluar kopi di Amerika Tengah seperti Guatemala. Proses ini dilakukan bergantung pada sumber air yang terdapat berhampiran stesen pemprosesan kopi. Selain itu teknik menyerlahkan rasa asid dan kemanisan kopi. Proses dimulakan dengan memetik ceri kopi menggunakan tangan dan memilih hanya ceri yang sudah masak. Kemudian ceri kopi diasingkan untuk memasti hanya yang sudah ranum sahaja akan diproses. Ceri kopi kemudian dikupas secara mekanikal menggunakan mesin pengupas dan kemudian di rendam di dalam tangki fermentasi.
 
Selepas proses fermentasi selesai, biji kopi kemudian dicuci untuk memastikan biji kopi bersih sepenuhnya dari selaput kopi sebelum ia dikeringkan. Biji kopi yang telah dicuci, ia akan dikeringkan di dalam rumah hijau sehingga ia kering dan mencapai tahap kelembapan yang dikehendaki.

Proses
Berat, manis, tepat. Plihan kopi Crown Jewel dari pengedar kopi antarabangsa Royal Coffee sentiasa tidak mengecewakan. Kali ini kopi Antigua menjadi bukti mengapa kopi Guatemalam mempunya profil terbaik bagi negara Latin Amerika. Haruman kopi amat tepat merujuk kepada bau cokelat hitam. Sebaik sahaja dituang air aroma beri liar dan manisan cokelat mula terasa. Kopi ini mempunyai asid kualiti asid malic yang bagus seperti buah epal merah. Dari awal hingga akhir minum kopi ini, keenakan buah epal serta rasa cokelat sentiasa seimbang. Jika anda hanya mahu menikmati kopi sempurna pada setiap hari, ingat Guatemala Luis Pedro. Mahkotakan hari anda dengan kopi Crown Jewel.