HAFURSA 'TEJ' - CROWN JEWEL -
    HAFURSA 'TEJ' - CROWN JEWEL -
    HAFURSA 'TEJ' - CROWN JEWEL -

HAFURSA 'TEJ' - CROWN JEWEL -

Regular price
Sold out
Sale price
RM85.00
Unit price
per 

1 / 3
2 / 3
1 / 3

Nota

Proses 'Tej' atau sebenarnya lebih dikenali sebagai kupas madu (honey process) antara faktor yang membuatkan kopi Crown Jewel kali ini begitu menarik untuk dinikmati. Selama ini Ethiopia lebih sinonim dengan proses natural atau cucian basah. Kini dengan proses "Tej' ia memberikan 'nafas' baru buat daya saing kopi Ethiopia di pasaran kopi istimewa. Sudah lama memburu kopi ini sejak mencuba kopi 'Tej' proses dari Kochere Hama. Iklim panas di Ethiopia memberikan spekturm rasa kopi proses kupas madu yang agak berbeza sedikit dari tipikal kopi proses kupas madu Amerika Tengah.

Buah Pic! Nota rasa yang paling jarang sekali kita jumpa dari kopi. Hafursa 'Tej' mempunya lapisan manis buah tropikal yang agak kompleks. Bermula dari rasa buah pic kemudian diikuti kemanisan nektar bunga kopi ini semakin manis dan nyaman untuk dinikmati apabila mula sejuk. Tekstur tembikai mula menonjol selepas beberapa hirupan kopi hinggap di bibir. Jarang sekali dapat kopi manis yang hinggakan melekit kopi seperti gula tebu. Daulat Hafursa Waro 'Tej'!