HONDURAS MARYSABEL
    HONDURAS MARYSABEL

HONDURAS MARYSABEL

Regular price
Sold out
Sale price
RM60.00
Unit price
per 

HONDURAS MARYSABEL

Region           : Chinacla, La Paz
Process         : Cucian Basah / Fully Washed
Varietal         : Catuai
Altittude       : 1500 - 1600 meter
Crop               : 2019
Taste Notes :  Matcha, Orange, Cranberry

Latar Belakang 

Marysabel Caballerro merupakan nama yang tidak asing dalam industri 'Specialty Coffee' Honduras. Bersama suami beliau Moises mereka mengusahakan ladang kopi dan stesen pemprosesan Xinacla (dalam sebutan loghat tempatan ialah Chinacla). Keturunan Marysabel iaitu ibu beliau datang dari keluarga pengeluar kopi dan mengusahakan tanaman kopi merupakan sesuatu yang mengalir di dalam tubuh beliau.Manakala Moises datang dari latar belakang akauntan pengeksport kopi di Honduras. Kombinasi dua personaliti ini cukup seimbang untuk memacukan kualiti dan produksi kopi dari Caballero.

Reputasi Caballero sebagai pengeluar kopi yang hebat tidak dapat disangkal dengan memenangi beberapa siri 'Cup of Excellence' sebagai juara.Pelbagai teknik penghasilan baru dicuba seperti menggunakan 'African Raised Bed, menggunakan pelindung untuk mengawal pengeringan kopi serta pengasiangan kopi kepada kepada lot mikro antara usaha mereka yang sentiasa inovatif dalam penghasilan kopi.  

Proses 

Proses cucian basah merupakan teknik pemprosesan yang paling selamat dan sesuai untuk mengenal pasti rasa kopi yang bersih. Di ladang Caballerro, ceri kopi kopi dipilih rapi dan dipetik oleh pemetik yang terlatih. Ceri akan dikupas kemudian difermentasi selama 12 jam sebelum dicuci di saluran air. Di saluran air ini, kopi yang belum ranum akan terapung dan diasingkan. Selepas itu kopi akan dicuci sekali lagi menggunakan air bersih selama 12jam. Pengeringan yang digunakan agak sedikit unik kerana mereka juga menggunakan 'African Raised Bed'. Pengeringan mengambil masa sekitar 11 sehingga 20 hari. Biji kopi akan dilitup dengan pelindung semasa cuaca terik di tengah hari dan juga di waktu malam

Profil Rasa

Rasa kopi Marysabel amat sesuai dengan reputasi pengeluar kopi hebat yang dimiliki mereka. Kopi ini amat seimbang baik segi aroma dan juga rasa. Haruman seperti epal hijau, citrus dan pic membangkitkan nikmat minum kopi. Apabila dinikmati kopi ini memberikan rasa seperti Matcha (Teh Hijau Jepun), kranberi, raspberi dan kulit oren. Tekstur yang penuh serta asid masam yang sederhana memberi kombinasi yang seimbang terutamanya untuk kopi turas. Seperti biasa Cabalerro tidak pernah mengecewakan peminat kopi. Terbaik dari tangan orang jujur.