HONDURAS ORLANDO PERDOMO (PARAINEMA)
    HONDURAS ORLANDO PERDOMO (PARAINEMA)
    HONDURAS ORLANDO PERDOMO (PARAINEMA)

HONDURAS ORLANDO PERDOMO (PARAINEMA)

Regular price
Sold out
Sale price
RM45.00
Unit price
per 

HONDURAS ORLANDO PERDOMO (PARAINEMA)

Kawasan : Hundiciones ,Colinas, Santa Barbara 
Varietal   : Parainema
Proses     : ​Cucian Basah / Fully Washed
Petani      : Hector Orlando Perdomo 
Altitud     : 1500 Meter

Hasil         : 2018

Latar Belakang 
 Setiap pembelian kopi, Arkib Kopi akan cuba membawakan variasi kopi yang berbeza untuk peminat kopi kami nikmati. Kali ini variasi Parainema dari ladang Hector Orlando Perdomo yang terletak di Santar Barbara, Honduras.

Parainema berasal dari variasi Sarchimor yang merupakan kacukan variasi Timor dan Villa Sarchi. Parainema dicipta untuk menghasilkan ceri kopi yang banyak dan tahan kepada penyakit yang selalu menyerang pohon kopi. Secara am variasi ini tidak mempunyai kualiti rasa kopi yang hebat tetapi dengan kondisi penanaman kopi di altitude yang tinggi di Santa Barbara membuatkan kopi ini sesuai untuk penaman kopi serta menghasil kualiti kopi yang baik. Parainema kebiasaanya mempunya profil rasa yang unik dimana ia rasa sangat asid yang jelas seakan buah-buahan tropikal.

                                                                                                         
Proses
Proses cucian basah/washed merupakan pilihan utama bagi Negara pengeluar kopi di Amerika Tengah seperti Honduras. Proses ini menyerlahkan rasa asid dan kemanisan kopi. Proses dimulakan dengan memetik ceri kopi menggunakan tangan dan memilih hanya ceri yang sudah masak. Kemudian ceri kopi diasingkan untuk memasti hanya yang sudah ranum sahaja akan diproses. Ceri kopi kemudian dikupas secara mekanikal menggunakan mesin pengupas dan kemudian di rendam di dalam tangki fermentasi selama 12 jam.
 
Selepas proses fermentasi selesai, biji kopi kemudian dicuci lagi selama 12 jam untuk memastikan biji kopi bersih sepenuhnya sebelum dikeringkan. Biji kopi yang telah dicuci, ia akan dikeringkan di atas meja pengeringan selama 11 hingga ke 20 hari. Sebaik kopi telah kering ke tahap kelembapan yang dikehendaki, ia akan di bungkus di dalam guni dan di simpan di stor sebelum sedia dieksport.
 
Profil Rasa

Ini merupakan pertama kali Arkib Kopi membeli kopi Honduras sebagai pilihan kopi turas. Pengalaman ini mengubah persepsi kami bahawa kopi Amerika Tengah mempunya pelbagai dimensi rasa kopi yang istimewa. Sebaik sahaja dikisar, kopi ini memberikan haruman beri hitam dan koko yang kuat. Sebaik sahaja dituang air, aroma seperti puding, gajus dan mangga mula dapat dihidu. Kopi ini mempunya kualiti asid seperti malic dan citric yang memberikan kualiti buah yang kompleks tetapi masih mengekalkan struktur kelikatan kopi yang selesa.

Kopi ini disyorkan menggunakan alat turas Kinto atau French Press untuk menikmati dengan lebih enak. Jika anda gemarkan rasa kopi yang jelas dan bersih anda boleh memilih menggunakan alat turas V60.

Selamat Bereksperimen!