INDONESIA SUMATERA KG. KENAWAT
    INDONESIA SUMATERA KG. KENAWAT
    INDONESIA SUMATERA KG. KENAWAT

INDONESIA SUMATERA KG. KENAWAT

Regular price
Sold out
Sale price
RM45.00
Unit price
per 

Kawasan        : Kg. Kenawat, Aceh, Sumatera
Varietal          : Ateng, Typica & AB7
Proses             : Giling Basah / Wet - Hulled
Altitud            :​ 1300 - 1700 Meter
Hasil                :​ 2019
Penghasil          : Adena Coffee
Petani          : Fahman Yoga


Latar Belakang
Kampung Kenawat dikelilingi oleh pergunugna dan hampir
semua penduduknya adalah petani kopi. Suatu masa dahulu,
Kampung Kenawat terlibat dalam pergelutan politik yang
memaksa ramai anak muda meninggalkan kampung halaman dan
juga kebun kopi mereka. Kini dengan keadaan sudah kembali
pulih mereka pulang semula ke kampung halaman dan mula
kembali turun ke ladang menanam kopi semula.
 
Adeba Coffee bermula sekitar 2015 dimana mereka mula bertemu
dengan anak muda kampung Kenawat Fahman Yoga. Beliau adalah
bekas pemain bola yang ingin memperbaiki taraf ekonomi desa
melalui hasil bertani kopi. Dengan kerjasasama Adena Coffee
dan E. Fahman, kini kopi Kampung Kenawat mencapai kualiti yang baik.

Proses

IKopi Kg. Kenawat diproses menggunakan teknik klasik giling basah.
Teknik giling basah amat sinonim dengan Indonesia. Ia banyak digunakan
di atas faktor cuaca yang tidak menentu memaksa petani mencari
jalan lebih efisyen untuk memproses kopi mereka.
 
Ceri kopi yang masak merah sepenuhnya dipetik secara teliti oleh petani.
Kemudian ia direndam didalam tangki air untuk mengasingkan buah ceri yang rosak.Ceri dikupas dan biji kopi difermentasi sekitar 8-12jam didalam guni sehingga kadar air biji kopi mencapai 20-25%. Dalam keadaan masih basah biji kopi kemudian digiling. Biji kopi selanjutnya dikeringkan diatas jaring untuk tempoh beberapa hari sehingga ia mencapai kadai air 11-12%.

Profil Rasa

Sumatera amat terkenal dengan kopi yang mempunyai tekstur berat. Begitu juga dengan kopi Kg. Kenawat, profil rasa klasik kopi yang mempunyai tekstur seperti cokelat amat enak buat mereka yang mencari rasa ‘kopi’. Selain itu elemen buah-buahan seperti buah epal dan plum memberikan sensasi rasa masam manis yang lembut. Kopi seperti ini tidak memerlukan tafsiran rasa yang mendalam. Cukup dinikmati dengan menggukana V60 untuk merasa keseluruhan keenakan kopi Sumatera. Dari Kenawat untuk minuman hari yang istimewa.