INDONESIA TORAJA MINANGA
    INDONESIA TORAJA MINANGA
    INDONESIA TORAJA MINANGA

INDONESIA TORAJA MINANGA

Regular price
Sold out
Sale price
RM30.00
Unit price
per 

Kawasan : Koperasi Petani Toraja
Varietal   : Catimor, Lini S-795
Proses      : Giling Basah / Wet-Hulled
Hasil         : May 2018 – September 2018 
Altitud     :  1400 - 1900 Meter
Tanah       :  Andosol


Latar Belakang
Indonesia antara negara pengeluar kopi terbesar di dunia. Salah satu kopi Indonesia yang terbaik datang dari kepulaun Sulawesi(nama lama adalah Celebes) Di sini kebanyakkan petani bernaung di bawah koperasi-koperasi untuk memproses hasil tanaman kopi mereka. Kopi Toraja Minanga datang dari keluarga petani kopi yang menguruskan ladang kopi dan bernaung dibawah Toraja Coffee Growers Cooperative.

Kopi yang ditanam di kawasan ini tidak menggunakan sebarang racun serangga perosak. Pokok kopi ditanam secara tersusun di bawah pokok teduhan dan dikelilingi tanaman pertanian. Kebanyakkan pokok kopi ditanam ditinggian 2000 meter dari arasa laut. Altitud yang tinggi ini membantu meningkatkan kualiti kopi.

Melalui koperasi, petani-petani kopi juga mendapat sokongan dan latihan untuk meningkatkan hasil pendapatan dari kopi. Selain itu kemahiran menjaga, memetik dan memproses kopi juga bertambah baik.
Proses

Indonesia Toraja Minanga diproses memlalui cara memprosesan klasik Indonesia iaitu proses giling-basah / wet hulled. Semasa musim memetik ceri kopi, pemetik ceri akan memilih ceri kopi yang sudah matang dan masak. Kemudian kesemua ceri dikumpulkan di stesen pengumpulan. Kemudian mereka  mengasingkan ceri yang rosak dari hasil ceri yang dikumpul sebelum dimasukkan ke dalam karung guni.

Ceri kopi yang elok dihantar ke stesen pemporsesan atau rumah petani sendiri. Ceri kopi dikupas oleh mesin pengupas kopi untuk membuang kulit ceri kopi. Kemudian biji kopi mentah / parchment coffee akan dimasukkan ke dalam karung guni dan difermentasi semalaman (12jam -18jam).

Selepas selesai tempoh fermentasi, biji kopi mentah dibasuh dengan air bersihuntuk menyingkirkan selaput ceri yang masih melekat. Seterusnya biji kopi yang masih lembab dikeringkan di atas hamparan sehingga kandungan air turun ke paras 50%. Di stesen pemprosesan kopi dibiarkan kering sehingga mencapai tahap kelembapan 20%-30%. Kemudian biji kopi akan dikupas dari cengkerang untuk biji kopi mentah. Akhirnya biji kopi mentah di jemur sekali lagi untuk mendapat kelembapan yang sesuai sebelum dieksport ke luar negara.

Profil Rasa

Di atas meja uji rasa, tiada siapa yang tahu bahawa kopi ini datang dari Toraja, Indonesai. Walaupon diproses menggunakan teknik giling -basah/Wet Hulled, kopi ini sentiasa tidak mengecewakan dengan profil rasa yang bersih dan mudah dinikmati. Berbanding dengan stigma kopi Indonesia, Toraja Minanga mempunyai profil rasa yang cukup bersih. Haruman yang kuat seperti lemon, kayu cedar, dan nenas memnunjukkan kualiti kopi Toraja yang sebenar. Manakala rasa asid citrus yang serhana tinggi serta tekstur yang tebal seperti cokelat memberikan kopi ini profil rasa yang seimbang.

Kopi ini amat sesuai untuk teknik membuat kopi menggunakan teknik rendam/Immersion (Clever Dripper, Aeropress). Teknik ini membantu memngeluarkan sepenuhnya manisan kopi Toraja,Menggunakan teknik turas V60 / Kinto memberikan anda dapat merasa sepenuhnya karakter kopi ini.