INDONESIA TORAJA SAPAN
    INDONESIA TORAJA SAPAN
    INDONESIA TORAJA SAPAN
    INDONESIA TORAJA SAPAN
    INDONESIA TORAJA SAPAN
    INDONESIA TORAJA SAPAN

INDONESIA TORAJA SAPAN

Regular price
Sold out
Sale price
RM40.00
Unit price
per 

INDONESIA TORAJA SAPAN

Kawasan        : Sapan, Minanga, Toraja, Sulawesi
Varietal          : Lini S-795
Proses             : Giling Basah / Wet - Hulled
Altitud            :​ 1400 - 1900 Meter
Hasil                :​ 2018
Tanah              : Andosol

Latar Belakang
Toraja Sapan kini kembali sekali lagi. Kali ini Toraja Sapan hasil keluaran kenalan lama kami iaitu Christine. Datang dari keluarga pekerja kebun kopi, beliau amat mahir dengan selok-belok kopi di Toraja. Beroperasi di bawah nama Dapoer Kopi, Christine memberi tumpuan dalam proses pemilihan biji kopi yang ditawar. Kopi ini diproses secara khusus di stesen pemprosesan yang dimiliki oleh beliau. Dengan ini, kualiti kopi dapat diteliti lebih halus dan kopi Toraja dapat memberi impak positif dengan kualiti kopi yang terbaik

Kopi yang ditanam di kawasan ini tidak menggunakan sebarang racun serangga perosak. Pokok kopi ditanam secara tersusun di bawah pokok teduhan dan dikelilingi tanaman pertanian. Kebanyakkan pokok kopi ditanam ditinggian 2000 meter dari arasa laut. Altitud yang tinggi ini membantu meningkatkan kualiti kopi. 

Proses

Indonesia Toraja Minanga diproses memlalui cara memprosesan klasik Indonesia iaitu proses giling-basah / wet hulled. Semasa musim memetik ceri kopi, pemetik ceri akan memilih ceri kopi yang sudah matang dan masak. Kemudian kesemua ceri dikumpulkan di stesen pengumpulan. Kemudian mereka  mengasingkan ceri yang rosak dari hasil ceri yang dikumpul sebelum dimasukkan ke dalam karung guni.

Ceri kopi yang elok dihantar ke stesen pemporsesan atau rumah petani sendiri. Ceri kopi dikupas oleh mesin pengupas kopi untuk membuang kulit ceri kopi. Kemudian biji kopi mentah / parchment coffee akan dimasukkan ke dalam karung guni dan difermentasi semalaman (12jam -18jam).

Selepas selesai tempoh fermentasi, biji kopi mentah dibasuh dengan air bersihuntuk menyingkirkan selaput ceri yang masih melekat. Seterusnya biji kopi yang masih lembab dikeringkan di atas hamparan sehingga kandungan air turun ke paras 50%. Di stesen pemprosesan kopi dibiarkan kering sehingga mencapai tahap kelembapan 20%-30%. Kemudian biji kopi akan dikupas dari cengkerang untuk biji kopi mentah. Akhirnya biji kopi mentah di jemur sekali lagi untuk mendapat kelembapan yang sesuai sebelum dieksport ke luar negara.

Profil Rasa

Di atas meja uji rasa, tiada siapa yang tahu bahawa kopi ini datang dari Toraja, Indonesai. Walaupon diproses menggunakan teknik giling -basah/Wet Hulled, kopi ini sentiasa tidak mengecewakan dengan profil rasa yang bersih dan mudah dinikmati. Berbanding dengan stigma kopi Indonesia, Toraja Minanga mempunyai profil rasa yang cukup bersih. Haruman yang kuat seperti ceri,kola dan nenas memnunjukkan kualiti kopi Toraja yang sebenar. Manakala rasa asid citrus yang sederhana tinggi seakan buah aprikot membuat kopi sedikit unik berbanding tipikal kopi Indonesia. Tekstur kopi yang tebal seperti cokelat membuatkan kopi ini menjadi kegilaan buat peminat kopi tekan/espresso.


Kopi ini amat sesuai untuk teknik membuat kopi menggunakan teknik rendam/Immersion (Clever Dripper, Aeropress). Teknik ini membantu memngeluarkan sepenuhnya manisan kopi Toraja,Menggunakan teknik turas V60 / Kinto memberikan anda dapat merasa sepenuhnya karakter kopi ini.