{"product_id":"indonesia-tuang-mbohang-kotak-hitam-gulang-244","title":"INDONESIA TUANG MBOHANG KOTAK HITAM GULANG 244","description":"\u003cdiv class=\"image-with-text image-with-text--no-overlap full-width isolate collapse-corners section-template--16080752279706__image-with-text-padding\"\u003e\n\u003cdiv class=\"image-with-text__grid grid grid--gapless grid--1-col grid--2-col-tablet image-with-text__grid--reverse\"\u003e\n\u003cdiv class=\"image-with-text__media-item image-with-text__media-item--medium image-with-text__media-item--top grid__item\"\u003e\n\u003cdiv class=\"image-with-text__media image-with-text__media--adapt gradient color-background-1 global-media-settings media\" style=\"padding-bottom: 100%;\"\u003e\u003ccenter\u003e\n\u003cimg src=\"https:\/\/cdn.shopify.com\/s\/files\/1\/2797\/8666\/files\/03.Drying-01_b4a72f79-f819-4d71-b6dc-1ee5d2182346.jpg?v=1794293331?\u0026amp;width=1500\" alt=\"\" width=\"1500\" height=\"1950\" loading=\"lazy\" sizes=\"(min-width: 1200px) 550px,\n              (min-width: 750px) calc((100vw - 130px) \/ 2), calc((100vw - 50px) \/ 2)\"\u003e\u003ccenter\u003e\u003c\/center\u003e\n\u003c\/center\u003e\u003c\/div\u003e\n\u003c\/div\u003e\n\u003cdiv class=\"image-with-text__text-item grid__item\"\u003e\n\u003cdiv id=\"ImageWithText--template--16080752279706__image-with-text\" class=\"image-with-text__content image-with-text__content--top image-with-text__content--desktop-left image-with-text__content--mobile-left image-with-text__content--adapt gradient color-background-1 content-container\"\u003e\n\u003ch2 class=\"image-with-text__heading inline-richtext h2\"\u003eGulang - Gulang\u003c\/h2\u003e\n\u003cdiv class=\"image-with-text__text rte body\"\u003e\n\u003cp style=\"text-align: justify;\"\u003e\u003cspan class=\"metafield-multi_line_text_field\" in=\"\" local=\"\" is=\"\"\u003eLandskap kopi Indonesia terbentang luas merentasi gugusan kepulauannya. Setiap pulau membawa keistimewaan asal usul tersendiri yang membentuk ragam dan watak kopi yang berbeza. Antara wilayah yang menarik perhatian ialah Flores di Nusa Tenggara Timur. Bentuk muka buminya yang bergunung-ganang, tanah gunung berapi yang subur serta keadaan iklim yang sesuai menjadikan wilayah ini tempat yang baik untuk penanaman kopi Arabika. Jauh daripada pesatnya pembangunan kota, penghasilan kopi di sini masih erat dengan alam sekeliling serta usaha masyarakat yang mengusahakannya.\u003cbr\u003e\u003cbr\u003eTuang Coffee merupakan antara penggerak yang membawa nama Flores lebih jauh dalam dunia kopi istimewa. Diterajui oleh sekumpulan anak muda yang tekun dan berpandangan jauh, mereka terus meneroka kemungkinan baharu melalui pemilihan buah kopi yang teliti serta kaedah pemprosesan yang lebih eksperimental. Pengenalan fermentasi anaerobik yang sebelum ini belum diterokai di wilayah tersebut telah membuka ruang kepada dimensi rasa yang berbeza dalam kopi Flores. Dengan memberikan perhatian terhadap kematangan buah dan ketelitian setiap peringkat pemprosesan, Tuang Coffee terus mengangkat mutu kopi tempatan ke tahap yang lebih baik.\u003cbr\u003e\u003cbr\u003eLot dari kampung Gulang adalah salah satu kopi Flores yang hadir dengan rasa recam dan unggul. Di bancuh sebagai kopi turas, Gulang ini mempunyai rasa buah plum dan anggur yang saling menyulan. Kemanisan beri hitam pula semakin teserlaha apabila menikmati kopi ini dengan lebih perlahan. Apabila disajikan sebagai \u003cem\u003eespresso \u003c\/em\u003eini menampilkan sisi kemanisan buah merah seakan kranberi  dan juga anggur merah. Aroma dan rasa gula-gula getah pula semakin terselah apabila lama menikmati kopi ini. Disajikan dengan susu, Gulang menambah karakter kopi yang lebih manis dengan nota rasa sarang madu, badam dan cokelat. Rasa akhir buah merah membuat ia seakan menikmagi gula-gula merah yang melengkap pengalaman menikmati Gulang. Lot Gulang 244 memberikan dimensi dan makna baru menikmati kopi Flores, \u003c\/span\u003e\u003c\/p\u003e\n\u003c\/div\u003e\n\u003c\/div\u003e\n\u003c\/div\u003e\n\u003c\/div\u003e\n\u003cdiv class=\"image-with-text image-with-text--no-overlap full-width isolate collapse-corners section-template--16080752279706__1661190711aa8e284e-padding\"\u003e\n\u003cdiv class=\"image-with-text__grid grid grid--gapless grid--1-col grid--2-col-tablet\"\u003e\n\u003cdiv class=\"image-with-text__media-item image-with-text__media-item--medium image-with-text__media-item--top grid__item\"\u003e\n\u003cdiv class=\"image-with-text__media image-with-text__media--adapt gradient color-background-1 global-media-settings media\" style=\"padding-bottom: 100%;\"\u003e\u003ccenter\u003e\n\u003cimg src=\"https:\/\/cdn.shopify.com\/s\/files\/1\/2797\/8666\/files\/02.Harvest-00_e13d1172-73f9-410f-bcbe-00d7d060255b.jpg?v=1794293331?\u0026amp;;width=1500%201500w\" width=\"1500\" height=\"1950\" loading=\"lazy\" sizes=\"(min-width: 1200px) 550px,\n              (min-width: 750px) calc((100vw - 130px) \/ 2), calc((100vw - 50px) \/ 2)\"\u003e\u003ccenter\u003e\u003c\/center\u003e\n\u003c\/center\u003e\u003c\/div\u003e\n\u003c\/div\u003e\n\u003cdiv class=\"image-with-text__text-item grid__item\"\u003e\n\u003cdiv id=\"ImageWithText--template--16080752279706__1661190711aa8e284e\" class=\"image-with-text__content image-with-text__content--top image-with-text__content--desktop-left image-with-text__content--mobile-left image-with-text__content--adapt gradient color-background-1 content-container\"\u003e\n\u003ch2 class=\"image-with-text__heading inline-richtext h2\"\u003ePenghasil Kopi\u003c\/h2\u003e\n\u003cdiv class=\"image-with-text__text rte body\"\u003e\n\u003cp style=\"text-align: justify;\"\u003e\u003cspan class=\"metafield-multi_line_text_field\"\u003eKopi sering kali dinilai melalui apa yang terhidang di dalam cawan. Namun, di sebalik setiap tegukan, tersimpan sebuah perjalanan yang jauh lebih panjang. Bermula daripada tanah tempat pohon tumbuh, tangan yang memetik buahnya, hinggalah kepada penelitian dalam setiap peringkat pemprosesan. Bagi Tuang Coffee, kopi bukan sekadar minuman pahit atau hasil dagangan semata-mata. Ia merupakan hasil alam yang mempunyai pelbagai kemungkinan untuk diterokai. Berteraskan rasa ingin tahu dan kesungguhan untuk terus belajar, mereka meneliti setiap unsur yang membentuk karakter kopi, daripada varieti dan keadaan tanah hinggalah kepada kaedah fermentasi. Melalui pendekatan ini, Tuang Coffee berusaha memperlihatkan kopi sebagaimana sifat asalnya, iaitu sejenis buah yang menyimpan kerencaman rasa dan keistimewaan tersendiri.\u003cbr\u003e\u003cbr\u003ePerjalanan Tuang Coffee bermula di wilayah Manggarai yang subur di Flores, Indonesia. Di sini, mereka menjalinkan kerjasama erat bersama para petani tempatan bagi menghasilkan kopi yang bermutu tinggi. Melalui kerjasama ini, Tuang Coffee menyediakan kemudahan serta prasarana pemprosesan yang diperlukan agar para petani tidak perlu menanggung beban kos tambahan. Usaha tersebut membuka peluang kepada petani untuk meningkatkan nilai hasil tuaian mereka. Kopi yang dahulunya sering dianggap sebagai hasil pertanian biasa dengan rasa pahit kini diberi perhatian melalui pemprosesan yang lebih teliti sehingga menghasilkan kopi istimewa dengan karakter tersendiri. Bersama-sama, mereka berusaha menyerlahkan potensi yang tersimpan dalam setiap buah kopi.\u003cbr\u003e\u003cbr\u003eLot dari Kampung Gulang merupakan antara hasil kopi Flores yang hadir dengan kerencaman rasa dan keistimewaan tersendiri. Apabila dibancuh sebagai kopi turas, Gulang memperlihatkan gabungan rasa buah plum dan anggur yang saling melengkapi. Kemanisan beri hitam pula semakin terserlah apabila dinikmati perlahan-lahan, lapis demi lapis. Apabila disajikan sebagai espresso, Gulang menampilkan sisi yang berbeza dengan kemanisan buah merah seakan kranberi dan anggur merah. Aroma serta rasa gula-gula getah mula terserlah seiring dengan setiap tegukan. Bersama susu, karakternya berubah menjadi lebih lembut dan manis, dengan bayangan rasa sarang madu, badam dan coklat. Kemasan buah merah yang berpanjangan meninggalkan rasa seakan gula-gula merah yang melengkapkan pengalaman menikmati kopi ini. Lot Gulang 244 membuka satu lagi sisi keistimewaan kopi Flores, sebuah cawan yang memperlihatkan betapa luasnya kemungkinan rasa dalam setiap hasil tuaian apabila diberi perhatian dan ruang untuk berkembang.\u003c\/span\u003e\u003c\/p\u003e\n\u003c\/div\u003e\n\u003c\/div\u003e\n\u003c\/div\u003e\n\u003c\/div\u003e\n\u003c\/div\u003e\n\u003cdiv class=\"page-width section-template--16080752279706__multicolumn-padding isolate\"\u003e\n\u003cul role=\"list\" class=\"multicolumn-list contains-content-container grid grid--1-col-tablet-down grid--2-col-desktop slider slider--mobile grid--peek\"\u003e\n\u003cul role=\"list\" class=\"multicolumn-list contains-content-container grid grid--1-col-tablet-down grid--2-col-desktop slider slider--mobile grid--peek\"\u003e\n\u003cli class=\"multicolumn-list__item grid__item slider__slide\" id=\"Slide-template--16080752279706__multicolumn-1\"\u003e\n\u003cdiv class=\"multicolumn-card content-container\"\u003e\n\u003cdiv class=\"multicolumn-card__info\"\u003e\n\u003ch3 class=\"inline-richtext\"\u003eMarkah Aras Kopi 87.50mt\u003c\/h3\u003e\n\u003cdiv class=\"rte\"\u003e\u003cspan class=\"metafield-multi_line_text_field\"\u003eHaruman\u003cbr\u003eanggur, kulit oren, jambu batu pink, limau purut, tembikai susu\u003cbr\u003e\u003cbr\u003eAroma\u003cbr\u003ekaramel, strawberi, vanila\u003cbr\u003e\u003cbr\u003eNota Rasa\u003cbr\u003ekismis, anggur, epal hijau, tembikai madu, jambu batu, tembikai susu, pir\u003cbr\u003e\u003cbr\u003eRasa Akhir\u003cbr\u003elembut, rasa yang halus\u003cbr\u003e\u003cbr\u003eKeasidan\u003cbr\u003esederhana | tartaric \u0026gt; malic  asid, rasa yang tajam dan segar\u003cbr\u003e\u003cbr\u003eJasad\u003cbr\u003esederhana tinggi | sirap, rasa yang seimbang\u003cbr\u003e\u003cbr\u003eKeseimbangan\u003cbr\u003erencam, berkembang secara berperingkat, berlapis-lapis\u003cbr\u003e\u003cbr\u003eKeseluruhan\u003cbr\u003erasa kopi yang bersih menimbulkan rasa kopi yang elegan dengan nota rasa yang kompleks\u003cbr\u003e\u003c\/span\u003e\u003c\/div\u003e\n\u003c\/div\u003e\n\u003c\/div\u003e\n\u003c\/li\u003e\n\u003cli class=\"multicolumn-list__item grid__item slider__slide\" id=\"Slide-template--16080752279706__multicolumn-2\"\u003e\n\u003cdiv class=\"multicolumn-card content-container\"\u003e\n\u003cdiv class=\"multicolumn-card__info\"\u003e\n\u003ch3 class=\"inline-richtext\"\u003eRoasting Schedule\u003c\/h3\u003e\n\u003cdiv class=\"rte\"\u003e\n\u003cmeta charset=\"utf-8\"\u003e\n\u003cp class=\"rte\"\u003e\u003cspan style=\"color: rgb(255, 42, 0);\"\u003e\u003cstrong\u003e\u003cspan class=\"metafield-multi_line_text_field\"\u003eRoasting on every day from Monday to Thursday\u003cbr\u003eCut-off order 3:00 p.m. a day before processing begins.\u003c\/span\u003e\u003c\/strong\u003e\u003c\/span\u003e\u003c\/p\u003e\n\u003cdiv class=\"rte\"\u003e\u003cspan class=\"metafield-multi_line_text_field\"\u003e\u003cstrong\u003eRetail and Wholesale Delivery\u003c\/strong\u003e\u003cbr\u003eRetail order on the next working day\u2028\u003cbr\u003eDelivery will be made on the next processing working day once your order is roasted or ready.\u003c\/span\u003e\u003c\/div\u003e\n\u003c\/div\u003e\n\u003c\/div\u003e\n\u003c\/div\u003e\n\u003c\/li\u003e\n\u003c\/ul\u003e\n\u003c\/ul\u003e\n\u003cdiv class=\"slider-buttons no-js-hidden medium-hide\"\u003e\n\u003cbutton disabled aria-label=\"Slide left\" name=\"previous\" class=\"slider-button slider-button--prev\" type=\"button\"\u003e \u003csvg viewbox=\"0 0 10 6\" class=\"icon icon-caret\" aria-hidden=\"true\"\u003e \u003cpath fill=\"currentColor\" d=\"M9.354.646a.5.5 0 00-.708 0L5 4.293 1.354.646a.5.5 0 00-.708.708l4 4a.5.5 0 00.708 0l4-4a.5.5 0 000-.708z\" clip-rule=\"evenodd\" fill-rule=\"evenodd\"\u003e \u003c\/path\u003e\u003c\/svg\u003e \u003c\/button\u003e\n\u003cdiv class=\"slider-counter caption\"\u003e\n\u003cspan class=\"slider-counter--current\"\u003e1\u003c\/span\u003e \u003cspan aria-hidden=\"true\"\u003e \/ \u003c\/span\u003e \u003cspan class=\"visually-hidden\"\u003eof\u003c\/span\u003e \u003cspan class=\"slider-counter--total\"\u003e2\u003c\/span\u003e\n\u003c\/div\u003e\n\u003cbutton aria-label=\"Slide right\" name=\"next\" class=\"slider-button slider-button--next\" type=\"button\"\u003e \u003csvg viewbox=\"0 0 10 6\" class=\"icon icon-caret\" aria-hidden=\"true\"\u003e \u003cpath fill=\"currentColor\" d=\"M9.354.646a.5.5 0 00-.708 0L5 4.293 1.354.646a.5.5 0 00-.708.708l4 4a.5.5 0 00.708 0l4-4a.5.5 0 000-.708z\" clip-rule=\"evenodd\" fill-rule=\"evenodd\"\u003e \u003c\/path\u003e\u003c\/svg\u003e \u003c\/button\u003e\n\u003c\/div\u003e\n\u003c\/div\u003e\n\u003c\/div\u003e","brand":"\u003cdiv style=\"text-align: center; font-size: 1.5rem; text-transform: none; font-weight: 300;\"\u003e Kranberi + Buah Naga + Kulit Buah + Gula Gula Getah + Serbuk Koko \u003c\/div\u003e","offers":[{"title":"Omni - 250G","offer_id":52127495815415,"sku":null,"price":70.0,"currency_code":"MYR","in_stock":true},{"title":"Omni - 1KG","offer_id":52127495848183,"sku":null,"price":190.0,"currency_code":"MYR","in_stock":true}],"thumbnail_url":"\/\/cdn.shopify.com\/s\/files\/1\/2797\/8666\/files\/TUANGGULANG244-00.png?v=1794292022","url":"https:\/\/arkibkopi.my\/products\/indonesia-tuang-mbohang-kotak-hitam-gulang-244","provider":"Arkib Kopi","version":"1.0","type":"link"}