KENYA IKANGA AA
    KENYA IKANGA AA
    KENYA IKANGA AA
    KENYA IKANGA AA
    KENYA IKANGA AA
    KENYA IKANGA AA

KENYA IKANGA AA

Regular price
Sold out
Sale price
RM55.00
Unit price
per 

KENYA IKANGA AA

Kawasan : Ikanga, Kitui
Varietal   : SL-28, SL-34
Proses     : ​Cucian Basah / Fully Washed
Petani      : Kelompok Petani Lui Kitui 
Altitud     :​ 1650 Meter

Hasil         : 2018

Latar Belakang 
Koperasi kopi merupakan tunjang utama pergerakan industri kopi Kenya. Setiap koperasi kebiasaannya mempunyai beberapa stesen cucian kopi dan ia lebih dikenali dengan nama Coffee Factory. Kali ini berbeza kopi dari koperasi, Arkib Kopi membawakan kopi dari kelompok petani kecil Lui Kitui yang beroperasi di daerah Ikanga , provinsi Kitui.

Kopi Kenya dikategorikan mengikut saiz ukurun biji kopi. Saiz kopi paling besar mengikut sistem gred kopi Kenya ialah E (Elephant). Kemudian diikuti oleh PB (Peaberry) dan AA.Kopi ini tumbuh sihat di altitud tinggi sekitar 6,600 kaki dari aras laut. AA dianggap antara kopi terbaik di dalam dunia kopi istimewa. Kebiasaan  haruman bunga, nota rasa buah markisa dan wain seringkali dapat dirasa. Ini diikuti dengan rasa asid kopi yang seimbang dan segar.


Proses
Ceri kopi dihantar ke stesen cucian pada hari yang sama ia dipetik. Ceri kopi kemudian dikupas dan seterusnya direndam ke dalam tangki fermentasi.Peringkat proses ini amat penting untuk  memastikan hanya kopi ceri yang elok sahaja diproses.Manakala sebarang objek-objek asing dan juga ceri kopi yang rosak/cacat serta belum matang akan diasingkan dari terus diproses.

Biji kopi difermentasi sekitar 12 hingga ke 48 jam dan dibasuh sekali lagi untuk menghilangkan lendir (mucilage) kopi.Seterusnya kopi dikeringkan di atas 'African Bed' sehingga mencapai tahap kandungan air yang sesuai (14%). Kemudian kopi akan dibungkus didalam guni dan dihantar ke kilang kopi menunggu sehingga tempahan untuk dieksport.

Profil Rasa
Masam manis. Kopi Kenya amat terkenal dengan rasam masam manis yang mencucuk lidah. Tetapi kopi Ikanga mempunyai rasa masam manis yang sangat mesra dengan lidah yang membuat anda dapat menikmati kopi ini secara berterusan. Haruman kopi ini apabila dikisar amat dominan dengan bau limau dan buah delima. Begitu juga apabila dituang air kopi ini mula menunjukkan karakter jaguh kopi Kenya yang terkenal dengan rasa buah jus. Sekiranya anda penggemar teknik turas V60 atau Kalita, kopi ini merupakan pilihan yang tepat buat rutin kopi anda! Selamat menikmati~~~