KENYA KAGUMO-INI 125G
    KENYA KAGUMO-INI 125G
    KENYA KAGUMO-INI 125G

KENYA KAGUMO-INI 125G

Regular price
Sold out
Sale price
RM50.00
Unit price
per 

KENYA MUGAGA COOPERATIVE 
KAGUMO-INI WET MILL

Kawasan : Nyeri 
Varietal   : Ruiru 11, SL 28
Proses      : Basah / Wet (Fully Washed)
Altitud     :​ 1600 Meter
Gred         : AA

Latar Belakang
Kagumo-ini adalah salah satu pusat memproses kopi yang bernaung di bawah Koperasi Mugaga.Ia terletak di cerun Gunung Kenya, kira-kira terletak 140 kilometer Timur Laut dari ibu negara Nairobi.Gunung Kenya ini terbentuk daripada tanah 'Volcanic' yang amat subur dan sesuai untuk penanaman kopi.

Koperasi ini diuruskan oleh komuniti pengurusan yang terdiri dari seramai 9 orang dan mempunyai seramai 43 orang pekerja tetap. Sekurang-kurangnya 7 orang dari pihak pengurusan bertanggungjawab ke atas Stesen Kagumo-ini bersama 50 orang pekerja sambilan semasa musim memetik kopi.

Proses
Ceri kopi dihantar ke stesen cucian pada hari yang sama ia dipetik. Ceri kopi kemudian dikupas dan seterusnya direndam ke dalam tangki fermentasi.Peringkat proses ini amat penting untuk  memastikan hanya kopi ceri yang elok sahaja diproses.Manakala sebarang objek-objek asing dan juga ceri kopi yang rosak/cacat serta belum matang akan diasingkan dari terus diproses.

Biji kopi difermentasi sekitar 12 hingga ke 48 jam dan dibasuh sekali lagi untuk menghilangkan lendir (mucilage) kopi.Seterusnya kopi dikeringkan di atas 'African Bed' dan dihantar ke kilang kopi untuk proses berikutnya.

Profil Rasa
Kopi Kenya amat sinonim dengan rasa seakan jus buah-buahan. Kaguimo-ini AA dari koperasi Mugaga  mempunyai kualiti rasa buah-buahan tropikal seperti buah belimbing dan nenas.

Selain itu ia juga mempunyai rasa tekstur minuman seakan jus buah memberi kesegaran sebagai minuman pagi.Kopi Gred AA Kenya ternyata memberikan rasa kemanisan seakan rasa coklat gelap.Sesuai di hidangkan menggunakan ‘French Press’ atau ‘Clever Dripper’.