KENYA RUKIRA AB
    KENYA RUKIRA AB
    KENYA RUKIRA AB

KENYA RUKIRA AB

Regular price
Sold out
Sale price
RM60.00
Unit price
per 

KENYA THAGEINI AB

Kawasan        : OthayaNyeri 
Varietal          : SL28 & SL34 & Ruiru 11
Proses             : Basah / Wet (Fully Washed)
Altitud            :​ 1400 - 1800 Meter
Hasil                :​ 2018
Gred                : AB
Tanah               : Volcanic
 

Latar Belakang
Kilang Rukira merupakan sebahagaian daripada Othaya Farmers Cooperative Society (FCS). ‘Factory’ disini bermaksud pusat pemprosesan kopi yang kecil dan ‘society’ di Kenya adalah merujuk kepada koperasi petani. Rukira adalah salah satu pusat pemprosesan yang dimiliki oleh koperasi yang menampung produksi kopi dari kira-kira 500 pekebun kopi. Othaya FCS ditubuhkan dari tahun 1950, bermula dari 250 keahlian kini ia telah berkembang sehingga 15,000 keahlian. Rukira terletak di ketinggian 1900 meter dan kebanyakkan memproses variasi kopi seperti SL-28 dan SL-34. Hanya sebilangan kecil variasi Ruiru 11 diproses.

Nyeri terkenal dengan kopi yang berkualiti tinggi dan mempunyai profil rasa yang dominan. Kali ini Arkib Kopi memilih proses cucian basah/fully washed Kenya sebagai pilihan. Di Kenya pengredan kopi dilakukan mengikut saiz kopi. Peabearry saiz skrin 15, AB saiz skrin 15-17 dan AA saiz skrin 17-19.

Proses
Ceri kopi dihantar ke stesen cucian pada hari yang sama ia dipetik. Ceri kopi kemudian dikupas dan seterusnya direndam ke dalam tangki fermentasi.Peringkat proses ini amat penting untuk  memastikan hanya kopi ceri yang elok sahaja diproses.Manakala sebarang objek-objek asing dan juga ceri kopi yang rosak/cacat serta belum matang akan diasingkan dari terus diproses.

Biji kopi difermentasi sekitar 12 hingga ke 48 jam dan dibasuh sekali lagi untuk menghilangkan lendir (mucilage) kopi.Seterusnya kopi dikeringkan di atas 'African Bed' sehingga mencapai tahap kandungan air yang sesuai (14%). Kemudian kopi akan dibungkus didalam guni dan dihantar ke kilang kopi menunggu sehingga tempahan untuk dieksport.

Profil Rasa
Seimbang dan selesa untuk dinikmati. Kopi Rukira AB sedikiti berbeza dan unik dari kopi Kenya yang biasa. Profil rasa yang seimbang serta jelas memberikan anda haruman kopi seperti anggur putih dan lemon. Semasa uji rasa, rasa madu dan nektar antara rasa kopi yang mencuri perhatian kami. Baik pun semasa kopi masih panas dan sejuk, kualiti asid dan tekstur kopi stabil membuatkan kopi ini selesa dinikmati di pelbagai suhu.

Menggunakan alat turas V60 atau Origami anda akan dapat merasa buah-buahan citrus seperti buah persik dan oren dengan lebih jelas. Hanya mengubah saiz kisar anda dapat mengawal intensi rasa jus kopi dengan lebih mudah. Selamat mencuba!