KENYA THAGEINI AB
    KENYA THAGEINI AB
    KENYA THAGEINI AB

KENYA THAGEINI AB

Regular price
Sold out
Sale price
RM60.00
Unit price
per 

KENYA THAGEINI AB

Kawasan        : Nyeri 
Varietal          : SL28 & SL34
Proses             : Basah / Wet (Fully Washed)
Altitud            :​ 1900 Meter
Hasil                :​ 2018
Gred                : AB
 

Latar Belakang
Kilang Thageini merupakan sebahagaian daripada Aghuti Farmers Cooperative Society (FCS). ‘Factory’ disini bermaksud pusat pemprosesan kopi yang kecil dan ‘society’ di Kenya adalah merujuk kepada koperasi petani. Nyeri terkenal dengan kopi yang berkualiti tinggi dan mempunyai profil rasa yang dominan. Kali ini Arkib Kopi memilih proses cucian basah/fully washed Kenya sebagai pilihan. Di Kenya pengredan kopi dilakukan mengikut saiz kopi. Peabearry saiz skrin 15, AB saiz skrin 15-17 dan AA saiz skrin 17-19.

Proses
Ceri kopi dihantar ke stesen cucian pada hari yang sama ia dipetik. Ceri kopi kemudian dikupas dan seterusnya direndam ke dalam tangki fermentasi.Peringkat proses ini amat penting untuk  memastikan hanya kopi ceri yang elok sahaja diproses.Manakala sebarang objek-objek asing dan juga ceri kopi yang rosak/cacat serta belum matang akan diasingkan dari terus diproses.

Biji kopi difermentasi sekitar 12 hingga ke 48 jam dan dibasuh sekali lagi untuk menghilangkan lendir (mucilage) kopi.Seterusnya kopi dikeringkan di atas 'African Bed' sehingga mencapai tahap kandungan air yang sesuai (14%). Kemudian kopi akan dibungkus didalam guni dan dihantar ke kilang kopi menunggu sehingga tempahan untuk dieksport.

Profil Rasa
Lazat & Enak. Kini kopi Kenya kembali semula ke Arkib Kopi dengan membawakan rasa buah beri yang dominan serta profil rasa jus buah. Secara am kopi Kenya terkenal dengan profil rasa seperti ‘blackcurrant’ dan juga anggur. Tetapi Thageini AB merupakan contoh terbaik untuk merasa kopi Kenya yang mempunyai spektrum rasa yang berbeza. Haruman kopi ini amat konsisten dengan bau raspberi dan buah delima. Samaada dalam kopi kisar kering atau basah  aromo kopi ini stabil dan aroma ini masih berlegar2 selepas anda minum kopi.

Rasa asid buah seperti jus buah delima membuatkan kopi ini sentiasa rasa ‘hidup’. Tekstur kopi yang sederhana tebal memberikan ruang untuk deria rasa anda menikmati rasa kopi secara perlahan-lahan. Kopi Thageini AB ini amat sesusai jika dituras menggunakan syphon atau aeropress untuk mengeluarkan lagi rasa kopi yang kompleks. Selamat Datang buat Thageini AB. Sila cuba pasti hendak lagi!