MALAYSIA DAIMIN & MAINI HY
    MALAYSIA DAIMIN & MAINI HY
    MALAYSIA DAIMIN & MAINI HY

MALAYSIA DAIMIN & MAINI HY

Regular price
Sold out
Sale price
RM40.00
Unit price
per 

Kawasan  : Ranau, Sabah, Malaysia
Varietal    : Catimor
Peladang  : Daimin & Maini 
Pedagang : Sabarica 
Proses       : ​Madu / Honey
Altitud      :​ 1300~1450 Meter

Hasil          : 2018

Latar Belakang

Pada suatu masa dahulu Malaysia terkenal dengan penanaman kopi dan kini kembali semula ke medan kopi istimewa dengan kemunculan kopi arabika dari Sabah. Buat pertama kalinya Arkib Kopi berbesar hati untuk berkongsi hasil tanaman kopi tanah air sendiri dengan peminat2 kopi istimewa .

Sabarica merupakan entiti yang bertanggungjawab menggabungkan petani2 kopi tempatan dan jabatan pertanian untuk menghidupkan semula industri kopi arabika di kawasan tanah Ranau. Enche Jack iaitu orang kuat dalam usaha mengembalikan Sabah ke atas peta kopi istimewa telah berkecimpung dalam bidang kopi selama 8 tahun sebelum mula bergerak ke arah pertanian bidang kopi. Berbekalkan pengalaman dan selok belok memproses kopi, beliau berkerjasama dengan petani2 tempatan untuk meningkat kualiti pemprosesan kopi disini.

Kopi kali ini datang dari petani Daimin dan Maini. Kami memilih kopi proses cucian basah / fully washed kerana merupakan titik permulaan yang baik untuk kita menilai sejauh mana kualiti kopi arabika Sabah. Kopi yang anada wajib cuba dan pasti tidak akan rasa menyesal.

Proses

Fasa pemprosessan kopi bermula dari ladang dengan memetik ceri yang betul2 sudah masak. Hanya ceri kopi yang merah sahaja akan dipetik untuk menjamin hanya kopi yang elok sahaja diproses. Ceri yang dipetik kemudian direndam ke dalam air untuk mengasingkan ceri kopi yang masih belum matang. Ceri yang timbul di permukaan air akan dibuang dan diasingkan dari terus diproses.

Kemudian ceri yang tenggelam akan dikupas kulit menggunakan mesin pengupas. Kemudian ceri yang telah dikupas akan direndam sekali lagi untuk fasa fermentasi selama 12jam. Dalam tempoh ini tindak balas kimia fermentasi akan membentuk profil rasa dan juga memudahkan selaput ceri dibersihkan di fasa yang berikutnya. Selesai proses fermentasi biji kopi dicuci kemudian dikeringkan di atas para jaring. Kemudian kopi dikeringkan diatas para jaring untuk selama 7 sehingga 14 hari bergantung kepada keadaan cuaca.

Profil Rasa

Kopi Damian & Maini merupakan membuka minda betapa tanah air Malaysia dilimpahi dengan sumber alam yang kaya. Diproses dengan teliti, dari fasa memetik ceri sehingga pengeringan, kopi mempunya karakter kopi yang cukup bersih serta kejelasan perisa kopi yang berkualiti tinggi. Karakter kopi arabika juga menyumbang kepada faktor kualiti asid citrus yang dominan serta tekstur kopi yang likat seperti karamel. Bergantung kepada tahap panggang kopi ini mempunyai spektrum profil rasa yang amat luas.

Proses madu / honey process memberi dimensi spektrum profil rasa yang amat berlainan. Melalui proses tesktur dan kemanisan kopi bertambah dan kopi ini lebih sesuai bagi mereka yang gemar kopi yang profil rasa yang lebih kearah manis gula perang. Dengan menggunakan teknik kopi turas anda dapat merasa rasa buah tropikal yang dominan seperti nangka. Manakala menggunakan teknik kopi tekan (espresso), kopi ini terasa manis seperti koko dan susu putih lemak manis.