MELO EL CAIRO
    MELO EL CAIRO
    MELO EL CAIRO

MELO EL CAIRO

Regular price
Sold out
Sale price
RM75.00
Unit price
per 

1 / 3
2 / 3
1 / 3

Nota

Tak salah kalau pemanggang kopi tidak menawarkan kopi Colombia. Ibarat menjamu selera tanpa minuman di sisi. Kopi Colombia yang menjadi pilihan kami kali ini dari petani Lucas Melo. Mengusahakan ladang pada ketinggian 2300m adalah sesuatu yang mencabar dan pernah digelar 'gila' oleh orang kampung kerana ia pekerjaan yang sulit dan tidak masuk akal. Tetapi bak kata pepatah kalau sudah tekad dan beruasaha keras semuanya pasti akan terlaksana, Kopi Lucas Melo menjadi bukti kepada cabaran status quo ini. Memberi peluang kepada peminat Arkib menikmati hasil petani yang jujur adalah salah satu matlamat kami.

Ketinggian selalu dikait rapat dengan rasa kompleks kopi. Kopi Lucas Melo menampilkan beberapa nota rasa yang mahal seperti kiwi dan juga chamomile. Kombinasi asid masam manis ini lebih enak dinikmati sebagai kopi turas. Tekstur kopi juga tidak kurang hebat dengan tekstur yang selesa untuk diminum. Sebaik sahaja kopi semakin sejuk nota rasa seperti oren dan buah pelaga mula dapat dinikmati. Kesimpulan , profil rasa kopi Lucas Melo adalah contoh kopi klasik Colombia yang berkualiti tinggi. Disyorkan untuk warga peminat tegar kopi Colombia.