NICARAGUA LUIS ALBERTO (PACAMARA)
    NICARAGUA LUIS ALBERTO (PACAMARA)
    NICARAGUA LUIS ALBERTO (PACAMARA)

NICARAGUA LUIS ALBERTO (PACAMARA)

Regular price
Sold out
Sale price
RM70.00
Unit price
per 

Kawasan : Nueva Segovia
Varietal   : Pacamara
Proses     : ​Semulajadi / Natural
Ladang    : Finca La Bendicion
Petani      : Luis Alberto Balladrez Moncada
Altitud     :​ 1450 Meter

Hasil         : 2019                                                                                                  

Latar Belakang

Finca La Bendicion terletak di ketinggian 1450 meter kawasan pergunungan Dipilto-Jalapa, Nueva Segovia wilayah utara Nicaragua. Ladang kopi ini mempunyai keluasan 252 hektar dan hanya mengguanakan 105 hektar untuk penanaman kopi. Di sini Luis Alberto menanam pelbagai varietal kopi seperti Caturra, Catuai Merah, Hybrid, Villa Sarchi, Pacamara, Maracaturra, H-3, Marselleza dan Java. Finca La Bendicion mempunyai struktur tanah yang berpasir yang penuh dengan kandungan humus serta purata hujan tahunan sekitar 1400〜1600mm.Selain itu ladang kopi ini kaya dengan pelbagai spesis flora dan fauna seperti spesies konifer yang berdaun-daun juga terdapat disini. Semua faktor-faktor ini menyumbang kepada kesusuaian iklim untuk penanaman kopi yang subur. 

Tahun 2018 merupakan percapain terulung buat Lus Alberto kerana telah memenangi pertanding Profil Kopi Terbaik / Cup of Excellence (COE) Nicaragua dengan menggunakan kopi Pacamara Proses Semulajadi (Natural). Kali ini Arkib Kopi membawakan varietal Pacamara Caturra Semulajadi/Natural untuk peminat kami.                                                                                                 

Proses 

Di Finca La Bendicion penghasilan kopi yang berkualiti tinggi dimulakan dengan memetik ceri yang sudah masak. Ceri kopi dipetik kemudian dikumpul dan dihantar terus ke stesen pemprosesan. Proses semulajadi menjadi pilihan peladang kopi untuk mencipta profil kopi yang kompleks. Berbanding proses cucian basah, proses semulajadi amat ringkas dengan mengeringkan kopi diatas para berjaring. Untuk menyeragamkan proses pengeringan, ceri kopi di terbalikan pada dalam jangka masa tertentu. 

Antara rahsia penghasilan kopi yang baik oleh Finca La Bendicion adalah dengan menggunakan para bertingkat untuk mengeringkan kopi. Selain itu kawasa pengeringan ini dilitupi dengan jaring-jaring untuk mengurangkan panas haba yang terik yang memberi kesan buruk terhadap kualiti kopi. Fasa pengeringan ini mengambil masa sangat lama sekitar 30-35hari. Tempoh pengeringan yang lama serta pengeringant terkawal menggunakan jaring memberi ruang pada biji kopi untuk menyerap kemanisan ceri serta membentuk profil rasa buah-buahan yang enak.Selesai sahaja fasa pengeringan, kopi akan dibungkus kedalam guni dan disimpan di stor sehingga terdapat pesanan dari pelanggan.  

Profil Rasa

Eksotik !. Varietal Pacamara Natural dari ladang kopi La Bendicion ternyata memberi kejutan ketika saat menghirup minuman kopi ini. Melalui proses semulajadi/natural , rasa buah-buahan tropikal seperti laici amat mendominasi profil kopi. Selang seli diiringi oleh rasa buahan tropikal seperti mangga dan nenas. Bahagian paling menarik dimana dari aroma hingga ke rasa, rasa buah citrus segar seperti epal fuji sentiasa memberikan 'wow' kepada kopi ini. Tekstur yang separa likat cukup mengimbangi elemen asid citrus memberikan profil kopi Pacamara natural ini sangat2 enak dinikmati sebagai kopi turas.