NICARAGUA LUIS ALBERTO (PACAMARA)
    NICARAGUA LUIS ALBERTO (PACAMARA)
    NICARAGUA LUIS ALBERTO (PACAMARA)

NICARAGUA LUIS ALBERTO (PACAMARA)

Regular price
Sold out
Sale price
RM40.00
Unit price
per 

Kawasan : Nueva Segovia
Varietal    : Pacamara
Proses     : ​Fully Washed
Ladang   : Finca La Bendicion
Petani     : Luis Alberto Balladrez Moncada
Altitud      :​ 1450 Meter

Hasil         : 2018

Latar Belakang 
 
Finca La Bendicion terletak di ketinggian 1450 meter kawasan pergunungan Dipilto-Jalapa, Nueva Segovia wilayah utara Nicaragua. Ladang kopi ini mempunyai keluasan 252 hektar dan hanya mengguanakan 105 hektar untuk penanaman kopi. Di sini Luis Alberto menanam pelbagai varietal kopi seperti Caturra, Catuai Merah, Hybrid, Villa Sarchi, Pacamara, Maracaturra, H-3, Marselleza dan Java.
 
Finca La Bendicion mempunyai struktur tanah yang berpasir yang penuh dengan kandungan humus serta purata hujan tahunan sekitar 1400〜1600mm.
Selain itu ladang kopi ini kaya dengan pelbagai spesis flora dan fauna seperti spesies konifer yang berdaun-daun juga terdapat disini. Semua faktor-faktor ini menyumbang kepada kesusuaian iklim untuk penanaman kopi yang subur. Tahun 2018 merupakan percapain terulung buat Lus Alberto kerana telah memenangi pertanding Profil Kopi Terbaik / Cup of Excellence (COE) Nicaragua dengan menggunakan kopi Pacamara Proses Semulajadi (Natural). Kali ini Arkib Kopi membawakan varietal Pacamara Cucian Basah untuk peminat kami.
                                                                                                         
Proses
 
Di Finca La Bendicion penghasilan kopi yang berkualiti tinggi dimulakan dengan memetik ceri yang sudah masak. Ceri kopi dipetik kemudian dikumpul dan dihantar terus ke stesen pemprosesan. Ceri kopi kemudian dikupas dan biji kopi yang masih basah akan dimasukkan kedalam tangki fermentasi untuk melembutkan lapisan lendir dan selaput kopi yang masih ada. Setelah itu selesai proses fermentasi kopi kemudian dicuci menggunakan air untuk membersihkan selaput biji kopi.
 
Antara rahsia penghasilan kopi yang baik oleh Finca La Bendicion adalah dengan menggunakan para bertingkat untuk mengeringkan kopi. Selain itu kawasa pengeringan ini dilitupi dengan jaring-jaring untuk mengurangkan panasa haba yang terik yang memberi kesan buruk terhadap kualiti kopi. Fasa pengeringan ini mengambil masa agak lama sekitar 20-25 hari. Selesai sahaja fasa pengeringan, kopi akan dibungkus kedalam guni dan disimpan di stor sehingga terdapat pesanan dari pelanggan.
 
Profil Rasa

Kopi yang menjadi pesaing hebat buat varieti Geisha. Pacamara antara kopi yang mempunyai intensiti rasa kopi yang jelas dan dominan. Di meja uji rasa, kopi ini amat menyerlah dengan kualiti asid citric dan malic yang kuat serta tesktur kopi yang tebal.

Rasa epal dan magnolia antara nota rasa yang menarik perhatian sepanjang kopi di uji rasa. Apabila suhu kopi sudah semakin sejuk dan stabil, kualiti buah bertukar kepada limau dan belimbing. Tekstur kopi yang tebal kadangkala mencuit hati apabila rasa kopi ini terasa seperti sedang menikmati manisnya ais-krim vanilla cokelat. Ternyata hanya kopi yang berkualiti tinggi sahaja mampu memberikan pengalaman minuman kopi sebegini.

Aeropress! Tanpa ragu2 dengan menggunakan teknik ini spektrum kopi akan lebih tertumpu pada nota rasa epal serta tekstur cokelat yang enak. Boleh gunakan suhu yang serta saiz kisar yang sedikit kasar untuk mendapat kan hasil turas kopi yang seimbang.