PANAMA HARTMANN MARAGOGYPE ANAEROBIC

PANAMA HARTMANN MARAGOGYPE ANAEROBIC

Regular price
Sold out
Sale price
RM75.00
Unit price
per 

PANAMA HARTMANN MARAGOGYPE ANAEROBIC

Kawasan        : Santa Clara, Renacimiento, Chiriqui
Varietal          : Maragogyoe
Proses             : Natural Anaerobic
Altitud            :​ 1400 – 2000 Meter
Hasil                :​ 2019
Petani              : Familia Hartmann

Latar Belakang

Ladang Hartmann berada dalam provinsi Chiriqui terletak di Santa Clara. Ladang ini diusahakan sendiri oleh keluarga Hartmann, mereka tinggal di ladang dan mengusahakan ladang kopi setiap sehari. Dilengkapi dengan makmal uji rasa kopi dan memanggang sampel kopi, ladang Hartmann sentiasa melakukan uji kaji dan pembangunan untuk meningkatkan kualiti kopi. Selain menanam kopi, Hartmann juga komited untuk memelihara keseimbangan ekosistem di ladang mereka. Mereka memilih untuk tidak memotong pokok hutan kerana kawasan ladang kopi dipenuhi pelbagai spesies flora dan fauna yang bergantung kepada ekosistem yang stabil

Terdapat pelbagai varietal kopi yang ditanam di ladang Hartmann. Antaranya adalah Geisha, Pacamara, Caturra, Catuai dan juga Maragogype. Maragogyoe adalah kopi arabika saiz besar yang boleh anda jumpa. Ia diberi nama jolokan sebagai ‘Elephant Bean’ berikutan saiz kopi yang besar (saiz skrin 19-20). Pokok Maragogype merupakan pokok yang tinggi serta mempunayai dahan yang besar, produksi yang rendah dan menghasilkan ceri yang besar. Hasil produksi Maragogype amat rendah tetapi tempoh matang yang lama memberi rasa kopi yang kompleks.


Proses

Hartmann terkenal dengan kemahiran memproses varietal kopi seperti Geisha, Pacamara dan juga Margogype. Kopi Maragogype menjadi bukti betapa pentingnya kemahiran memproses kopi diperlukan untuk memberi kestabilan kepada rasa kopi yang dihasilkan. Ladang kopi ini diuruskan oleh ahli keluarga Hartmann iaitu Alexander, Alan, Ratibor Jr. dan Alisso. Produksi kopi dibahagi mengikut fasa proses kopi seperti Alexander hanya mengurus perkebunan kopi. Dia bersama kumpulan pemetik ceri professional seperti May, Arsenio, Abelino dan Jose akan memetik ceri pada January.

Proses Anaerobic adalah proses dimana ceri kopi difermasi dalam ruang kedap udara. Ceri yang dipetik dimasukkan didalam tangki kemudian ditutup rapat. Semasa proses fermetansi ceri akan gas CO2. Injap udara satu arah dipasang diatas tangki untuk mencipta ruang kedap udara dengan menolak keluar semua oksigen dengan penghasilan gas CO2. Dengan ini kopi akan melalui proses fermentasi tanpa kehadiran oksigen yang membuatkan rasa kopi lebih kuat dan kompleks. 

Sebaik sahaja proses fermentasi anaerobic selesai kopi ini kemudian dihantar kepada Alan (abang kepada Alexander) untuk dikeringkan menggunakan teknik pengeringan semulajadi/natural. Setelah mengeringkan kopi selama 8 hari, dia akan menggunakan mesin pengering mekanikal pada suhu 36c selama 36 jam untuk meniru efek cahaya matahari. Sebaik sahaja biji kopi telah kering, biji kopi yang cacat akan diasingkan, berat kopi, saiz kopi dan warna kopi akan diperiksa secara manual. Sebaik sahaja ia selesai kopi kemudian di hantar kepada Ratibor Jr. untuk proses pemeriksaan kualiti dan sertifikasi untuk tujuan export. Alissa Hartmann adalah orang terkakhir dalam pemporsessan untuk memastikan kualiti dan rasa kopi adalah sama dari ketika ia dieksport dan juga semasa ia dihasilkan di ladang.


Profil Rasa

UNIK! Kopi ini merupakan bukti mengapa Maragogype memegang reputasi sebagai kopi yang berkualiti tinggi. Produksi yang rendah ternyata membuatkan kopi ini berbaloi dengan kualiti kopi yang kompleks penuh dengan buah-buahan tropikal. Melalui proses natural anaerobic, kopi ini mempunyai haruman fermentasi yang sangat kompleks seakan-akan bau rum, nenas dan juga mangga muda. Sebaik sahaja ditambah air panas ia mula memberikan aroma kompleks seperti buah markisa, cokelat hitam, anggur, plum dan juga black currant. Sebaik sahaja ia sejuk anda mula terasa asid buah kompleks seperti phosphoric yang member persepsi seperti buah laici dan bunga ros. Rasa selepas minum seperti wain merah membuatkan kopi ini merupakan minuman terbaik bagi hidangan petang anda.

Kopi kompleks sebegini amat sesuai menggunakan alat turas Origami atau Kalita untuk mendapatkan tekstur kopi yang lancar tetapi masih mengekalkan intensity rasa kopi yang kompleks. Wajib cuba sebelum ia habis diJUAL!