PANAMA LA LERIDA
    PANAMA LA LERIDA
    PANAMA LA LERIDA

PANAMA LA LERIDA

Regular price
Sold out
Sale price
RM30.00
Unit price
per 

KawasanBoquete
Varietal   : Caturra
Proses      : Cucian Basah / Fully Washed
Hasil         : Januari 2018 – Mac 2018 
Altitud     :  1400 - 1900 Meter
Tanah       :  Volcanic

 

Latar Belakang

La Lerida merupakan nama yang tidak asing di dunia kopi istimewa. Ladang kopi yang diterokai oleh Tollef Bache Monniche bekas jurutera Terusan Panama ini terkenal dengan hasil kopi yang berkualiti tinggi. Sebaik sahaja bersara Monniche tiba dia Bouquete dia telah membeli ladang untuk penanaman kopi dan menamkan ia sebagai "Lerida" sempena nama bandar yang diasaskan oleh Moors di Sepanyol.

Monniche telah berjasa banyak dalam memperbaiki kualiti kopi di awal penghasilan kopi di Lerida. Antara ciptaan beliau yang masih diguna pakai sehingga hari ini adalah "sifon" dimana ia menggunakan air untuk mengasingkan ceri kopi yang belum masak dari terus di produksi. Kini legasi kopi Lerida di teruskan oleh keluarga Chiari. Arkib Kopi amat berasa gembira untuk menawarkan legasi kopi Lerida kepada peminat kopi. 


Proses

Kopi La Lerida Caturra ini dipetik oleh penuai ceri kopi secara terpilih. Hanya kopi yang betul2 masak dan ranum akan dipetik dan dibawa ke stesen pemprosesan. Berlainan dari ladang kopi yang lain, La Lerida dilengkapi dengan fasiliti pemprosesan di ladan pada ketinggian 1500m. Ini membolehkan ceri terus diproses sebaik sahaja ia dipetik dan mengurang kesan sampingan proses fermentasi.

Ceri yang telah dipetik akan diasingkan menggunakan mesin siphon yang berfungsi mengapungkan biji ceri yang tidak elok dari terus diproses. Kemudian kulit ceri kopi akan dikupas dan biji kopi difermentasi. Selesai proses fermentasi bergantung kepada keadaan cuaca, sekiranya cuaca elok biji kopi akan dikeringkan di atas lantai. Jika cuaca hujan berpanjangan melanda, Lerida akan menggunakan mesin pengering kopi untuk mengeringkan kopi ke tahap kelembapan yang di kehendaki.


Profil Rasa

Rasa kopi yang jelas dan fokus. Ini deskripsi ringkas dari Arkib Kopi. La Lerida Caturra ternyata mempunyai rasa tekstur yang amak enak untuk dinikmati. Sebaik sahaja dikisar anda dapat menghidu baru aroma kayu cendana dan juga cokelat. Apabila di turas aroma lemon dan aprikot secara perlahan2 dapat dihidu.

Buat penggemar kopi turas, ini merupakan kopi yang amat mudah dituras. Dengan sedikit perubahan saiz kisar, kopi ini masih mampu memberikan kemanisan yang kuat serta mengekalkan kualiti asid yang enak. Sesuai untuk minuman kopi sebaik saja pulang dari penat bekerja.