PANAMA SANTA TERESA GEISHA ESTRIBI LOT
    PANAMA SANTA TERESA GEISHA ESTRIBI LOT
    PANAMA SANTA TERESA GEISHA ESTRIBI LOT

PANAMA SANTA TERESA GEISHA ESTRIBI LOT

Regular price
Sold out
Sale price
RM130.00
Unit price
per 

PANAMA SANTA TERESA GEISHA ESTRIBI LOT

Kawasan        : Santa Clara, Renacimiento,Chiriqui
Varietal          : Geisha
Proses             : Kupas Madu / Honey
Altitud            :​ 1500 Meter
Hasil                :​ 2018

Latar Belakang

Finca Santa Teresa terletak di kawasan pergunungan altitud tinggi di Provinsi Chiriqui, Santa Clara, Panama. Provinsi ini kaya dengan hasil kopi yang unik dan amat luar biasa. Finca Santa Teres dirahmati dengan tanah gunung berapi hitam, kedudukan altitud tinggi dan pola cuaca yang tersendiri hasil pertembungan lautan Pasifik and lautan Atlantik membuahkan hasil kopi yang unggul. Ladang kopi ini terletak berhampiran lebah gunung dan gaung yang mecipta cuaca mikro yang mempengaruhi setiap petak (lot) kopi yang ditanam.

FST menanam pelbagai jenis kopi dari varietal Geisha, Caturra dan juga Catuai. Disini juga kopi dibahagikan mengikut mikro-lot, dimana setiap lot mempunyai karakter kopi yang tersendiri. Di sekitar ladang kopi terdapat juga jaluran sungai, hidupan liar dan hutan semulajadi yang terpelihara. Tupai, monyet dan juga 600 spesies haiwan liar antara penghuni tetap di sekitar ladang kopi Santa Teresa.


Proses

Geisha Estribi Lot diproses menggunakan proses kupas madu (honey process).Biji ceri yang ranum dipetik menggunakan tangan dipilih secara teliti dan dipetik menggunakan tangan. Ceri yang telah dipetik akan dikupas menggunakan mesin pengupas (depulper machine). Dalam kondisi masih diselaputi selaput ceri (mucilage) kopi akan dikeringkan diatas meja hamparan yang dipanggil Camas Africanas. Meja ini diperbuat dari kayu dan dan jaring. Pengeringan menggunakan jaring membantu pengudaraan yang lancar sekali gus memberi keseragaman kepada proses pengeringan. Tempoh pengeringan ini bergantung kepada cuaca, kebiasaannya proses pengeringan kupas madu ini mengambil sekitar dari 10 hari sehingga 1bulan.


Profil Rasa

Geisah Estribi Lot ternyata merupakan pengalaman menakjubkan buat sesiapa sahaja yang baru pertama kali mencuba kopi varietal Geisha. Haruman kopi yang floral yang kuat serta kompleks membuatkan anda keliru seketika samaada ia haruman kopi atau pun bunga.Antara pengalaman menarik haruman kopi ini menjadi semakin lebih ‘dalam’ setiap kali anda menghidu baunya. Di aroma pula Geisha Estribi Lot menunjukkan mengapa Geisha unggul dalam kelasnya tersendiri.

Aroma yang elegan seperti Bunga Melati, Magnolia dan Yuzu (Buah Citrus Jepun) mula merangsang deria bau. Asid kopi ini tidak tajam tapi cukup selasa seperti menikmati buah citrus yang segar seperti oren jingga(blood orange). Semakin sejuk, anda boleh mula menikmati tekstur Geisha yang lembut dan lemak berkrim. Selepas rasa yang sangat nyaman dan aromatic membuatkan pengalaman menikmati Geisha amat sukar dilupakan. Sekali dalam seumur hidup anda wajib menikmati Geisha Estribi Lot di waktu pagi. Kopi ini disyokan menggunakan Hario V60 untuk menciptakan kopi turas klasik yang lebih focus kepada rasa kopi itu sendiri. Hanya terdapat dalam kuantiti terhad. Siapa cepat dia dapat.