RWANDA BULIZA ABOKAMU
    RWANDA BULIZA ABOKAMU
    RWANDA BULIZA ABOKAMU

RWANDA BULIZA ABOKAMU

Regular price
Sold out
Sale price
RM40.00
Unit price
per 

Kawasan  : Rulindo, Wilayah Utara
Varietal    : Bourbon
Peladang : Koperasi Abokamu
Stesen      : Buliza
Proses      : ​Fully Washed
Altitud     :​ 1750~2100 Meter

Hasil         : 2018

Latar Belakang

Koperasi Abokamu merupakan satu koperasi kecil yang berpusat di daerah Rulinda, kawasan pergunungan wilayah utara Rwanda. Abokamu bekerjasama kilang pemprosesan kopi Caferwa untuk memproses hasil tuaian kopi. Kawasan ini dirahmati dengan tanah gunung berapai yang memberikan kopi profil asid yang bersih, tekstur yang tebal seperti cokelat dan aroma beri-beri.

Kebelakangan ini kestabilan politik di Rwanda memberi ruang untuk Rwanda kembali semula ke arena kopi istimewa setelah reda dari konflik peperangan saudara. Melalui koperasi Abokamu, kebajikan petani semakin terjamin kerana petani mendapat bantaun kebajikan kesihatan dan juga sokongan latihan kemahiran menanam kopi. Ini membantu peningkatan kualiti kopi dengan meningkat kemahiran tentang kopi di kalangan para petani.

Proses

Stesen pemprosesan Buliza menggunakan teknik proses basuhan air. Sebaik sahaja ceri yang masak dipetik, ceri akan dikumpul dan dibawa ke stesen pemprosesan. Kemudian ceri kopi akan melalui empat fasa pemprosesan. Pertama sekali, ceri kopi akan dikupas menggunakan mesin pengupas yang mengasingkan kulit ceri dari biji kopi. Kemudian biji kopi dibasuh dan dimasukkan kedalam tanki fermentasi. Disini selaput ceri yang masih ada akan menjadi lembut dan mudah terurai. Selain itu proses fermentasi ini juga membentuk profil rasa kopi bergantung pada tempoh fermentasi. Kebiasaannya biji kopi akan difermentasi di dalam tangki sekitar 14 sehingga 19 jam.

Selepas selesai proses fementasi, biji kopi dibasuh sekali lagi menggunakan air sungai yang bersih untuk membersihkan biji kopi dari lendir selaput ceri yang masih ada. Proses ini diulang sebanyak 5-6 kali untuk memastikan biji kopi benar bersih. Akhir sekali, biji kopi dibawa bahagian bukit pergunungan untuk dikeringkan di atas para pengeringan selama 2-3 hari. Kemudian, biji kopi akan dibungkus dan disimpan selama 7-10 hari untuk mencapai tahap kelembapan optimum sebelum di eksport ke luar negara.

Profil Rasa

Kopi Rwanda selalu mempunyai profil rasa buah merah dan kemanisan yang tinggi. Rwanda Buliza ternyata memberi persepsi positif tentang perkembangan kopi istimewa dengan memberi kualiti kopi yang bersih serta manis. Kopi ini amat kuat dengan haruman buah-buahan masam manis seperti ceri merah, markisa dan juga sedikit haruman buah tropikal seperti nenas. Sebaik sahaja kopi bercampur dengan air kemanisan kopi mula mengambil alih komposisi rasa kopi. Rasa manis seperti teh hitam, ceri hitam dan karamel mula mendominasi deria rasa. Profil rasa kopi berubah ke arah positif secara konsisten.

Rwanda Buliza ternyata bagus buat penggemar aeropress. Dengan teknik turas rendaman/immersion kopi ini akan menjadi sangat manis serta tekstur yang selesa diminum. Denga suhu sedikit rendah anda boleh meningkat intensi rasa buah seperti aprikot dan juga buah markisa.