RWANDA DUKUNDE KAWA 125G
    RWANDA DUKUNDE KAWA 125G
    RWANDA DUKUNDE KAWA 125G

RWANDA DUKUNDE KAWA 125G

Regular price
Sold out
Sale price
RM40.00
Unit price
per 

RWANDA MUSASA 
RULI DUKUNDE KAWA

Kawasan   : Pekan Musasa, Daerah Gakenke, Wilayah Utara
Varietal     : Bourbon
Proses       : Basah/Fully Washed 
Altitud       :​ 1500 - 2000 Meter
Pengeluar : Koperasi Dukunde Kawa

 Latar Belakang 

Rwanda merupakan salah satu pengeluar kopi negara Afrika yang cantik dan unik. Terletak di barat daya Ethiopia, Rwanda mempunyai kualiti kopi yang tinggi tetapi berlainan spectrum profil rasa. Kebanyakkan petani kopi di Rwanda bernaung di bawah koperasi untuk menjalankan aktiviti pertanian kopi. 

Koperasi Dukunde Kawa terletak di Pekan Musasa merupakan salah satu koperasi yang beroperasi di pekan ini. Mula ditubuhkan sekitar 2003, kini koperasi mempunyai keahlian hampir 2000. 80% dari jumlah ini adalah wanita. 

Kopi Musasa Ruli Dukunde Kawa seringkali mendapat tempat terbaik di dalam pertandingan Cup of Excellence. Selain itu, koperasi Dukunder Kawa juga telah memenangi SCAA Sustainability Award.

Proses

Rwanda secara am hanya membenarkan kopi proses basah/fully washed sahaja untuk di export. Cuaca iklim yang tidak menentu dan juga penyakit ‘kentang/potatoes’ juga antara fackor yang menyumbang kepada pemilihan proses basah. Kopi Musasa juga memilih cara pemprosen basah untuk mengawal kualiti kopi yang di jual. Proses basah(wet processed) merupakan kaedah yang sinonim dengan Rwanda. Petani hanya memetik biji ceri yang sudah matang (red cherries), kemudian menghantar ceri ke kilang memproses ceri kopi.

Kesemua ceri kopi yang dipetik akan dikumpulkan di dalam tangki air.
Ceri kopi yang rosak atau belum matang akan timbul di permukaan air.
Ceri yang rosak atau belum matang akan diasingkan terus dari proses yang berikutnya. Kemudian biji kopi direndam di dalam tangki fermentasi selama 12 jam untuk menanggalkan mucilage. Biji kopi akan dibasuh untuk menghilangkan lendir-lendir. Biji kopi yang basah dikeringkan di atas meja pengeringan (African raised bed) dengan dilengaki penutup plastik. Langkah ini bertujuan supaya biji kopi dapat dilindungi sekiranya hujan lebat turun dengan secara tiba-tiba.

Profil Rasa

Rwanda Dukunde Kawa merupakan contoh yang terbaik bagaimana dinamik profil rasa kopi Afrika. Berlainan dari kopi Ethiopia, kopi Rwanda mempunyai karakter profil intensity asid yang tinggi dan juga kualiti buah-buahan sitrus yang enak. Rwanda Musasa Ruli Dukunde Kawa penuh dengan intensiti sitrus yang tinggi seakan seperti nenas dan juga aprikot. Karakter asid yang dominan ini diiringi dengan tekstur kopi yang lembut. Seandainya anda menggunakan teknik turas V60, ratio turasan yang rendah amat digalakkan supaya karakter kopi yang dituras sempurna dengan tekstur tebal seperti karamel meninggalkan rasa licin di mulut. Kami mengesyorkan anda menggukan teknik turas Kalita seadainya anda menikmati profil rasa kopi yang seimbang.