<center>SHAKISSO G1</center>
    <center>SHAKISSO G1</center>
    <center>SHAKISSO G1</center>

SHAKISSO G1

Regular price
Sold out
Sale price
RM50.00
Unit price
per 

1 / 3
2 / 3
1 / 3

                                                                                                

NOTA

Ethiopia antara negara pengeluar kopi yang menjadi pilihan bagi setiap peminat kopi untuk menikmati hidangan kopi yang mempunya aroma dan selepas rasa yang berlegar2. Berkata mengenai Ethiopia, Guji merupakan salah satu kawasan yang penuh dengan kopi yang mempunyai karakter buah-buahan serta aroma floral yang menyenangkan. Ladang Shakisso antara ladang popular dengan kualiti sebegini. Tambahan pula dengan pengasingan gred G1 (0 kecacatan biji kopi) memberi jaminan bahawa kopi anda berada pada tahap kualiti yang paling tinggi. Arkib Kopi memilih cucian basah/fully washed sebagai kopi espresso untuk memberikan anda pengalaman kopi Ethiopia yang sebenar.

Shakisso mempunyai aroma dan rasa floral yang begitu jelas. Dimulai dengan bau melati dan teh magnolia, Shakisso menunjukkan kualiti yang bagus sebagai kopi proses cucian basah. Kemanisan kopi ini seolah-olah sedang menguyah gula-gula lemon. Rasa yang sangat manis gula dan masam lemon. Selepas rasa yang melekit juga membuatkan kopi ini sedap dinikmati dari panas hingga sejuk. Sesuai dibuat sajian harian bagi penggemar kopi yang mahukan kopi Ethiopia yang enak.