VIETNAM DIET G1
    VIETNAM DIET G1
    VIETNAM DIET G1

VIETNAM DIET G1

Regular price
Sold out
Sale price
RM40.00
Unit price
per 

VIETNM DIET G1

Kawasan   : Cau Dat, Lam Dong
Varietal     Bourbon Kuning / Yellow Bourbon
Proses        : ​Kering / Natural 
Altitud       :​ 1600 - 1700 Meter 
Gred           G1 
Pekebun    : En. Diet  


Latar Belakang  
Sekitar 2009 Married Bean telah mengorak langkah secara sukarela untuk membantu projek membantu pekebun kopi di kawasan Lam Dong. Kawasan subur ini berada pada ketinggian 1500m dan suhu persekitaran kira2 18oC. Melalui usaha kerjasama ini menerusi koperasi kecil ia dapat membantu penghasilan kopi yang stabil dan berkualiti tinggi.
 
Boubon merupakan variasi kopi yang pertama ditanam di Vietnam. Kali ini kami amat teruja untuk menawarkan kopi arabika Vietnam variasi bourbon kuning. Kopi ini amat unik sekali kerana proses kering/natural menjadikan haruman kopi lebih kompleks tetapi masih mengekalkan profil rasa yang bersih dan jelas.
 
Proses

Di benua Asia pemprosesan kering/natural amat sukar dilakukan kerana pola hujan yang tidak menentu. Ini menyukarkan proses pengeringan kerana pekebun kopi tidak dapat memastikan kopi mendapat haba yang secukupnya untuk kopi kering dalam tempoh waktu yang dikehendaki. Di kebun kopi En. Diet terdapat fasiliti yang mencukupi untuk membolehkan proses pengeringan berlangsung tanpa gangguan.

Semasa musim menuai, ceri kopi akan dipetik secara berperingkat. Ini kerana tidak kesemua ceri kopi akan masak dalam jangka masa yang serentak. Situasi ini memerlukan pemetik ceri kopi turun ke ladang untuk memetik ceri kopi setiap hari. Hanya ceri kopi yang masak sahaja akan dipetik untuk diproses.

Kemudian ceri kopi akan dijemur di atas hamparan jaring yang dipanggil African Raised Bed. Meja jemuran ini amat penting untuk memastikan pengudaraan yang sempurna untuk mengelakkan kulat terjadi semasa proses pengeringan.

Profil Rasa
Variasi Bourbon terkenal sebagai kopi yang manis. Kopi ini bukan sahaja terasa manis tetapi ia juga sarat dengan profil rasa yang kompleks. Proses kering ternyata menyerlahkan profil rasa kopi yang penuh dengan buah-buahan tropikal seperti nenas dan mangga yang manis.Sebaik sahaja dikisar haruman seperti buah beri mula dapat dihidu. Sebaik sahaja dituang air , kopi ini memberikan aroma dan tekstur kopi seperti karemel dan almond.

Haruman dan aroma yang kompleks ini amat padan sekali dengan kualiti asid yang ringkas seperti nenas dan mangga. Manakala tekstur enak seperti krim memberikan pengalaman menikmati kopi Vietnam di luar sangkaan. Kopi ini amat sesuai dituras menggunakan alat turas Origami atau Kalita. Nikmati pengalaman kopi Vietnam yang unik !