Indonesia sentiasa dekat di hati Arkib Kopi. Negara pengeluar kopi yang kami tawari sekitar tahun 2018-2019. Siri PKP kali in kami ingin berkonsi video mengenai Koperasi Ketiara Kopi dari Sumatera, Indonesia. Tahun lepas kami berpeluang mencuba kopi Ketiara dan kagum dengan kualiti kopi dari koperasi ini. Rasa bersih, tekstur yang berkrim serta rasa klasik herba membuatkan kopi Ketiara mendapat tempat di pasaran antarabangsa.
Ikuti dokumentari mengenai Koperasi Kopi Ketiara yang dikepalai oleh Puan Rahmah. Koperasi yang dinaungi oleh sekitar 500 orang wanita Gayo. Kuasa mak2 menanam kopi pasti membuatkan kopi Ketiara lagi hebat.
1 ulasan
Muchas gracias. ?Como puedo iniciar sesion?