Membuat kopi adalah perkara yang mudah jika kita mengetahui selok-belok yang sebenar. Menurut umum pelbagai faktor besar seperti jenis kopi, suhu udara, resepi dan alat turas memberi kesan besar terhadap rasa kopi yang di hasilkan.
Tahukah anda dengan hanya mengubah sedikit curahan air semasa fasa pra-basah (pre-wet) memberi kesan yang besar terhadap profil rasa minuman kopi anda? Artikel kali ini mengupas bagaimana fasa pra-basah mempengaruhi spektrum rasa kopi.
Foto 1. Basahkan kertas turas sebelum menuras kopi
Pra-basah ialah proses dimana sejumlah air dituang terlebih dahulu untuk memastikan keseluruhan kopi basah. Ini membantu pati kopi untuk lebih mudah larut kerana dalam keadaan basah kecenderungan kopi untuk diekstrak akan meningkat. Walaubagaimanapun sebenarnya jumlah kadar keterlarutan pati kopi (Total Dissolved Solid/TDS) banyak dipengaruhi oleh jumlah curah air yang pertama.
Foto 2. Meratakan kopi sedikit sebanyak membantu penyebaran udara dengan lebih sekata.
Ujikaji ringkas dilakukan untuk mengetahui bagaimana TDS berubah mengikut jumlah curah pertama.Ujikaji kali ini dilakukan dengan menjadikan saiz kisar, suhu udara dan nisbah turasan kopi sebagai pembolehubah dimalarkan. Manakala tiga jumlah curah air berbeza dituang untuk menguji nilai bacaaan TDS.
Foto 3. Curahan pertama fasa pra-basah (pra-basah)
Foto4. Menggunakan sukatan air yang sama membantu untuk mereplikasi rasa kopi yang sama.
Kali ini kami menggunakan resepi nisbah turasan 1:17 dan kopi Colombia Huila dengan tahap panggang sederhana (medium roast). Berdasarkan hasil ujikaji, pra-basah dengan jumlah curah air (bagi ujikaji ini adalah 60ml) memberikan bacaan TDS paling tinggi. Jumlah udara yang secukupnya diperlukan untuk mengekstrak pati kopi dengan lebih efisyen. Sekiranya jumlah air terlalu kurang atau terlebih ia akan memberi hasil sebaliknya iaitu mengurangkan kadar keterlarutan pati kopi.
Foto 5. Hasil uji kaji ringkas curahan air pertama dan TDS

Perihal yang ringkas seperti ini memberi ruang kepada penuras kopi di rumah untuk mencari 'titik manis/sweet spot' rasa kopi yang dikehendaki. Dengan jumlah air anda juga akan mengubah peratusan kopi yang diekstrak sekaligus mengubah rasa kopi secara keseluruhan.