Di Sebalik Tabir Bhg. 3

Di Sebalik Tabir Bhg. 3

Memanggang kopi merupakan gabungan di antara seni dan juga sains. Arkib Kopi percaya setiap pemanggang kopi bebas untuk ‘berkarya’ selagi kopi yang dipanggang boleh dituras dan dinikmati. Kesinambungan artikel lepas, kali ini kita akan belajar mengenai proses panggang secara am.

Setiap pemanggang kopi mempunyai teknik-teknik memanggang kopi yang tersendiri. Terutama dalam proses mereka cipta profil rasa kopi. Arkib Kopi menggunakan bantuan komputer riba  untuk merekod data-data proses pemanggangan kopi sebagai panduan dan rujukan. Berdasar data-data yang diperolehi, kajian analisa terperinci dilakukan pada setiap fasa memanggang kopi. Contohnya seperti tempoh pengeringan (drying), caramelization dan browning. Selain itu, data sewaktu letupan pertama (first crack) amat kritikal kerana sebahagian besar profil rasa kopi di pengaruhi oleh tindak balas kimia di peringkat ini.

Sekiranya terdapat profil rasa yang tidak enak semasa pemeriksaan kualiti kopi (cuping session), data-data yang dikumpul akan dirujuk kembali supaya punca masalah dapat dikenal pasti.

 

Gambar 1. Data pemanggang kopi dicatat untuk rujukan dan panduan.

Gambar 2. Sampel kopi diperiksa dari masa ke semasa.

Mesin kopi dipanaskan terlebih dahulu pada suhu sekitar 190℃〜230℃ sebelom biji kopi mentah dimasukkan ke dalam drum mesin panggang. Suhu permulaan ini dipanggil suhu titik mula (charging temperature). Bergantung kepada kelembapan dan muatan biji kopi mentah, suhu titik mula akan berubah. Asal biji kopi mentah juga mempengaruhi faktor suhu titik mula. Contoh seperti kopi Indonesia, secara am ia mempunyai kelembapan yang tinggi sekitar 11%〜12%(kelembapan ideal 9%〜10%). Oleh itu, suhu titik mula yang sedikit tinggi boleh digunakan untuk memastikan semua biji kopi mentah dapat dikeringkan dalam tempoh yang sesuai.

Sebaik sahaja biji kopi mentah dimasukkan ke dalam drum mesin panggang suhu biji kopi dan suhu drum akan turun sehingga sekitar 100℃〜110℃. Ketika ini bacaan suhu kelihatan menurun tetapi sebenarnya biji kopi mentah sedang melalui proses penyerapan haba dari drum dan persekitaran. Pada fasa ini pengerakan haba ini dipanggil proses endothermic iaitu proses penyerapan haba oleh sesuatu objek (dari objek ke objek yang sejuk). Proses ini akan berterusan sehingga kopi mencapai fasa browning.

Gambar 3. Fasa pengeringan biji kopi mentah.

Kira-kira selepas 1 atau 2 minit, suhu biji kopi akan meningkat semula dari 100℃〜110℃. Titik lantunan suhu ini dipanggil turning point temperature iaitu suhu dimana biji kopi mentah telah mencapai kapasiti haba yang seimbang dengan haba persekitaran didalam drum. Fasa ini amat penting kerana ia dapat memberikan petunjuk sama ada biji kopi mentah mempunyai kapasiti haba yang cukup/momentum haba yang akan digunakan di fasa pengeringan.

Sekiranya, titik lantunan suhu jatuh bawah dari 100℃, biji kopi mentah memerlukan masa terlalu lama untuk kering dan sekali gus memberi impak negatif kepada profil rasa kopi yang dikehendaki. Titik lantunan suhu juga tidak boleh terlalu tinggi kerana ia menyebabkan permukaan luar biji kopi mentah kering terlebih dahulu. Secara tidak langsung bahagian paling dalam biji kopi mentah masih kekal lembab kerana haba tidak dapat menembusi bahagian dalam disebabkan permukaan biji kopi mentah yang telah kering dan keras. Kunci pertama kejayaan dalam membentuk profil rasa ialah dengan menentukan suhu titik lantunan yang sesuai untuk pengeringan seragam.

Gambar 4. Seni & Sains Panggang Kopi

Di dalam artikel yang berikutnya Arkib Kopi akan berkongsi fasa bermulanya proses panggang yang sebenar. Jumpa lagi di artikel seterusnya.

Back to blog

173 comments

Круто + за пост
_________________
[url=https://mf-531.site/3177/]букмекерские конторы онлайн новосибирск [/url]

smwqasdmz20

Интересный пост
_________________
[URL=https://ru.777casinox.site/bonus-pri-registracii-v-kazino-1-rubl/]Бонус при регистрации в казино 1 рубль[/URL]

shfytnlwp

Круто, давно искал
_________________
[URL=https://ru.777casinox.site/kak-igrat-v-avtomaty-na-dengi-v-kazino/]Как играть в автоматы на деньги в казино[/URL]

kpdqdfbfh

Leave a comment