Gerbang
Gambar 1. Rutin harian minum kopi masyarakat Ethiopia di petang hari
Ethiopia dikenali sebagai kopi 'Mekah' kerana ia popular dengan cerita purba yang mengatakan pertama kali kopi ditemui adalah di Ethiopia. Selain daripada itu apa yang menarik tentang kopi Ethiopia ialah jenis baka kopi. Kebanyakkan kopi di Ethiopia lebih dikenali dengan baka 'asalan' / heirloom. Ini merupakan terminalogi ringkas yang digunakan orang ramai untuk merujuk kepada baka kopi yang mewakili watak tempat yang ditanam. Secara umum baka kopi di Ethiopia jatuh dalam 2 kategori kumpulan baka paling utama iaitu baka JARC 740110 dan 74112. Baka ini dihasilkan oleh Ethiopia's Jimma Agricultural Research Centre (JARC) pada lewat 1960.
Gambar 2. Suasana di kebun petani Ethiopia
Selain itu terdapat juga kacukan di antara kedua2 baka ini yang menghasilkan baka kopi yang baru di kebun petani. Hal ini mendorong kepada kesulitan bagi petani, pemproses kopi dan pengeksport bagi mengenal pasti jenis baka yang sebenar kopi yang dipasarkan. Melainkan petani mengubah model kebun untuk fokus ke arah satu jenis baka. Arkib bekerjsama dengan pengeksport tempatan untuk memastikan maklumat terperinci kopi boleh diperolehi.
Gambar 3. Kopi merupakan nadi pendapatan masyarakat luar bandar Ethiopia
Aricha
Semasa memilih kopi pertama dari Ethiopia, beberapa nama kopi kesukaan kopi kami mula terbayang di fikiran. Dari Hambela, Alaka, Shantawane, Bombe, Keramo dll. ,kami memutuskan untuk membawa kopi Aricha bagi keluaran sulung Arkib. Nama stesen memproses kopi Aricha tidak asing lagi bagi peminat kopi tegar. Nama Aricha juga kadang2 kala dikenali sebagai kopi Misty Valley, terkenal dengan kualiti kopi proses natural yang terbaik dari Ethiopia.
Gambar 4. Bunga kopi petanda musim menuai akan tiba-tiba tidak lama lagi.
Aricha terletak di dalam Yirgacheffe yang merupakan sebahagian daripada bahagian kawasan Sidama. Ia amat dikenali dengan perkebunan kopi yang rata2 terletak pada ketinggian 2000 meter dari aras laut. Kebanyakkan kopi Yirgacheffe dalam proses cucian basah dam sebahagian kecil diproses secara semulajadi. Peratusan jenis proses kopi ini banyak dipengaruhi oleh kehadiran sumber air sungai yang memudahkan proses cucian basah.
Gambar 5. Cucian basah menggunakan saluran air mencuci kopi yang telah difermentasi.
Stesen kopi seperti Aricha kebiasaannya membeli ceri kopi dari petani yang berdekatan (rata dalam radius 5 kilometer). Rata2 setiap keluarga petani mempunyai keluasan kebun sekitar 1 hingga 1.5 hektar. Di kebun petani juga terdapat tanaman yang diberi nama 'pisang olok2' yang berfungsi memberi teduhan pada pohon kopi. Selain itu tanaman ini juga diproses sebagai tepung dan pes jeruk sebagai makanan ruji penduduk selatan Ethiopia.
Gambar 6. Peratusan kecil pengeluaran kopi Natural dari Yirgacheffee
Kopi natural ini diproses dengan mengasingkan ceri rosak di dalam tangki air. Ceri yang elok akan dibawa ke meja jaringan Afrika dan dikeringkan pada kadar 2-3 minggu sehingga kopi mencapai kandungan air yang ideal. Kopi yang siap diproses akan dibawa ke pusat bandar Addis Ababa untuk disimpan sehingga menunggu pesanan dari pelanngan untuk dieksport.
Gambar 7. Pengkesport kopi memeriksa kualiti kopi di gudang.
Dagang Terus
Membeli terus kopi dari Ethiopia merupakan impian ulung bagi mana2 pemanggang kopi. Apatah lagi bagi pemanggang kecil seperti Arkib yang masih dalam skala berkembang. Bagi kami membeli kopi dari Ethiopia merupakan bukti bahawa kami mengambil berat mengenai ketelusan dan jejak kopi yang di jual. Melalui Kerjasama dengan pengeksport tempatan, kini Arkib mempunyai akses yang lebih jelas terhadap kualiti serta maklumat telus produk kopi dieksport.
Gambar 8. Kopi istimewa pemacu harapan masa depan kopi Ethiopia
Kiriman ulung kopi Aricha dari Ethiopia memberi kami semangat yang lebih kuat lagi untuk mengukuhkan hubungan kerjasama Arkib dengan industri kopi Ethiopia. Kopi proses natural ini juga amat sesuai dengan watak Arkib yang amat gemarkan kopi natural. Bagi kami kopi Aricha ini benar2 menggambarkan rasa sebenar kopi Ethiopia yang sejati. Dan ini semua hanyalah untuk memenuhi kehausan cinta kopi Ethiopia oleh peminat kopi Arkib.
Gambar 9. Syurga kopi Ethiopia bagi peminat kopi Arki b
Sumber gambar oleh Seife Coffee